Posted by: redstone123 | Jun 5, 2009

Kehidupan Orang Asli Masih Tiada Pembelaan

Petikan Sinar Harian 04 Jun 2009 ( Skuad Cakna Amrullah Abdul Karim ).

SUNGAI CHOH-Kehidupan daif Penduduk Orang Asli di Kampungan Orang Asli Sungai Garing di sini memerlukan perhatian serius pihak kerajaan dan jabatab bertanggungjawab.

     Wakil Penduduk Orang Asli Daerah Hulu Selangor, Rapibata Abdullah berkata, keadaan yang berlarutan sejak sekian lama itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak berkenaan serius dalam menangani permasalahan Orang Asli khusunya atau dalam membela nasib rakyat.

     ” Sebagai orang yang dipertangungjawabkan memantau permasalahan penduduk Orang Asli di daerah ini, saya amat terkilan dengan sikap kerajaan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang seolah membiarkan saja kehidupan mereka disini.

     “Janji pelbagai ditabur malah sesekali angkuh menyuarakan semangat ingin membela nasib rakyat, namun satu hasil pun tidak nampak,” Katanya kepada Sinar Harian selepas melakukan lawatan ke perkampungan di sini semalam.

     Beliau berkata, pihak kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri solah-olah bertindak melepaskan batuk di tangga kerana segala penyaluran bantuan serta projek pembangunan dilaksanakan separuh jalan.

     “Kedua-dua pihak senyap dan melenting bila ada usaha membongkar sikap malas dan lepas tangan mereka.

     ” Sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan sebaiknya mereka peka dengan setiap permasalahan yang berlaku dan bukannya menunggu sehingga ada media laporkan baru kelam kabut bela diri dan tutp salah masing-masing.

     “Saya tiada kuasa untuk bertindak dan satu-satunya cara mengejutkan mereka adalah dengan cara ini,” katanya.

     Menurutnya, perkara ini sudah dimaklumkan kepada JHEOA namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

    Katanya, alasan yang diberikan kerana tiada peruntukan dan sekiranya mahu lebih senang dengan cara menggunakan kemampuan sendiri sama ada untuk memasang lampu atau menyediakan sumber paip sendiri.

     “Jawapan itu cukup menyakitkan hati kerana mereka sudah maklum ia di bawah tanggungjawab jabatan, jadi sudah semestinya mereka bertanggungjawab dan bukan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah.

     “Masalah ini bukan baru, malah hampir kesemua 16 perkampungan Orang Asli di daerah ini mengalami nasib sama,” katanya.

     Beliau berkata, selain infrasruktur, pendidikan anak-anak Orang Asli terpinggir sehingga ada pihak menyalahkan  dan mengatakan puncanya daripada diri sendiri.

Jesturu, beliau berharap pihak kerajaan pusat dan negeri serta JHEOA memandang serius perkara itu.


Respon

  1. pada pendapat saya ……kjumpulan orang orang asli berkumpul ramai…….cari satu kata sepakat……berbincang…dan kumpul kan matlumat kemukakan pada pihak berwajib dan sehingga 6 atau 7 bulan cuba bertanya balik perkembangan dan tindakan yang dikemukakan……bertemu kembanli pihak berwajib dan adakan mesyuarat dan perjumpaan dan pihak berkenaan .hatarkan maklumat terus ke pihak kerajaan dan atasan untuk tindakan yang lebih langjut,, dari saya semoga berjaya ,, dan bersabar semoga tuhan yang lebih esa membuka hati menyedarkan pihak yang berkenaan.

    • ~adak betulnya apak yang de kabarkan sedaak Rapi tuk….akuk sendiik pn nyap puas hatik dengan JHEOA Hulu Selangor.Eang kg sendiik ibarat macam eang pendatang..Dok menumpang umah eang tuhak, bilak nk bt umah sendiik…situk nyap buleh…sinik pn nyap buleh..bilak tanyak kenapak? alasannya ket situk adak projek nk bt…ket sinik pn adak projek nak bt…tapik sampai ginih haik….hampeh…nyap adak bendak pn.Yang adak semak2..Un yang eang luar dapat buat sebijik umah…besar lagik..

      ~terpikir jugak,mcmanak un buleh bt umah ket kg eang sedangkn un sendiik adak kg..kalo dah bt umah sendiik automatik la akan dok situk selamaknya..kadang2 terdetik ket hatik “BESTNYA KALO DAPAT KEJAK DENGAN JHEOA”.(paham2 la sbb apak kn)

      ~Batin pun buat butak matak hajak…takut hapo…tapik diak nyap tahuk ke dalam sesebuah kg diak lebih berkuasa daik JHEOA.Tapik dalam diak berkuasa tuk,diak kenak bt keputusan berdasarkan kata sepakat dengan JKKK kg atau anak buah duluk.bukan keputusan sendiri.Kitak adak hak dengan kg kitak.

      ~ni nyap “A” JHEOA kabar..”A” la Batin…nyap salah kalo nk ikut, tapik kenak tengok rasionalnya jugak…eemm…baru2 nin..dari sumber yang akuk pecayak…masa mesyuarat JKKK kg berkenaan pemilihan keluarga yang layak untuk dapt umah mesra rakyat.Syarat2nya….adik beadik nyap buleh dapat dalam masa yang samak..oklh,ituh buleh diterimak..second,layak untuk keluarga yang dok umah eang tuhak sampai 2,3 kelamin tapik dengan syarat keluarga tuk mesti lah yang bekawin dengan penduduk kg ituh sendiik…jdi sapak yang kwin dengan eang luar(daik kg lain) sori..naik lori.ADIL ke 2?

      ~kalo dah mcm 2 ckap kt anak buah jgn berkawin dengan eang luar(daik kg lain) dan jadik kan kg 2 sebagai kg keluarga 69.xde variasi langsung.Daik apak yang akuk tahuk…elaun batin di bayar berdasarkan bapak banyak penduduk kg yang duduk ket kg 2.kalo ramai penduduk…lagi banyak yang un dapat..kalo nyap silap akuk la..ngakuk pulak anak buah sendiik…

      ~pelik la…ket kg lain nyap adak pn bt sistem mcm tuk…Batin nyap adak pilih bulu…ituh baru betul.K lh..akuk stop duluk la…kelak lamak-lamak kelak makin berjela2…akuk mintak maaf lah kalo adak yang teasak hatik dengan statement akuk nih…bkan niat nk menyinggung perasaan igun yang bacak nih. tapi sekadar luahan hatik yang sekian lamak terpendam.adios…amigos


Tinggalkan komen

Kategori