Posted by: redstone123 | Oktober 30, 2009

Dipenjara 12 tahun bunuh kekasih isteri

TEMERLOH 20 Okt. – Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang lelaki Orang Asli selepas mengaku bersalah membunuh seorang penyelia keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu terhadap Mad Noh Ali, 50, selepas tertuduh mengaku bersalah membunuh mangsa, Mohamed Dari Abas dengan mencekik dan memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian pada 2006.

Pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwaraya Mohd. Najmi Daud manakala tertuduh diwakili peguam, Ikmal Hisam Idris.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 7.45 pagi, 22 Oktober 2006 hingga 7.30 pagi, 4 November 2006 telah menyebabkan kematian mangsa, 58 tahun di Ladang Chuan Leng di Kilometer 33 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur.

Peguam tertuduh ketika merayu sebelum hukuman dijatuhkan berkata, tertuduh tidak dapat mengawal diri selepas mendapati mangsa melakukan hubungan seks dengan isterinya.

Akhtar berkata, mengikut fakta kes tertuduh sememangnya telah merancang apabila menyuruh mangsa menghantar isterinya pulang ke kampung dan mengekori mangsa dengan niat melakukan sesuatu terhadap mangsa kerana tertuduh telah pun mengetahui mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya itu.

Akhtar berkata, hukuman itu sebagai pengajaran kepada orang awam agar tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan merupakan rakan karib mangsa, dijatuhkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 4 November 2006.

– BERNAMA


Responses

  1. Inilah ketidakadilan,
    yang bersalah dianggap benar kejahatan dilindungi.

    Zaman sekarang ramai manusia tidak mahu menghormati hak orang lain.

    Bersultan di mata

    Beraja di hati.

    • terima kasih di atas komen anda…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: