Posted by: redstone123 | Disember 23, 2010

Orang Asli Kg. Penderas bakal dapat geran

TEMERLOH 21 Dis. – Kerajaan Pahang memberi jaminan akan memberikan geran tapak rumah kepada 156 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli Kampung Penderas, Kuala Krau, dekat sini dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, pemberian geran tapak rumah itu merupakan kali pertama dilakukan dalam daerah ini.

”Perkampungan Orang Asli yang lain juga akan menerima geran tapak rumah masing-masing selepas Kampung Penderas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan futsal tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaabar.

Perlawanan anjuran Persatuan Belia Taman Seri Desa bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Krau itu melibatkan 20 pasukan dalam DUN berkenaan.

Menurut Mohamed, pihaknya kini menunggu proses pemberian geran itu selepas mendapat kelulusan kerajaan negeri dan berharap supaya penduduk Kampung Penderas bersabar menanti hari penyerahan tersebut.

”Kita gembira kerana penduduk Orang Asli daerah ini terutama dalam DUN Jenderak merupakan yang pertama menerima geran bagi tapak rumah masing-masing. Ini membuktikan kerajaan tidak berat sebelah malah sentiasa memikirkan untuk membantu masyarakat minoriti itu.

“Masyarakat Orang Asli kampung lain perlu bersabar menunggu giliran mereka kerana bukan mudah urusan pemberian geran ini dibuat. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh perlu melukis pelan dan menyukat keluasan tanah mereka.

“Sebab itu, ia mengambil masa yang panjang kerana proses mengukur tanah memerlukan sukatan yang tepat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed berkata, dia bangga melihat remaja dan belia dalam DUN tersebut yang bergerak aktif dalam kegiatan sukan bagi mengisi masa terluang dengan kegiatan berfaedah.

Beliau berharap, persatuan belia setiap kampung dalam DUN itu dapat mengadaka


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: