Posted by: redstone123 | Disember 23, 2010

Penggerak sektor pelancongan Taman Negara

JERANTUT 22 Dis. – Kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan mana-mana suku kaum Orang Asli daripada menerima pembangunan walaupun sebahagian mereka masih mengamalkan cara hidup berpindah-randah atau nomad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak menegaskan, pelbagai program dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup kaum minoriti itu terutama dalam aspek pendidikan, ekonomi dan kesihatan.

“Dari sudut pelancongan pula, pelbagai program diatur untuk membantu kaum itu terutama golongan muda,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut berkata, antara kawasan di Hulu Tembeling yang masih didiami suku kaum Bateq, Negrito, Jakun dan Semai ialah di Kuala Yong, Dedari, Terenggan, Tekal, Tempan dan Sungai Kucing.

“Kerajaan negeri sentiasa memantau kebajikan mereka selain mempromosi kehidupan kaum berkenaan untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan di daerah ini,” katanya.

Menurut beliau, suku kaum berkenaan sebenarnya menjadi penggerak dalam sektor pelancongan di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Katanya, pengetahuan mendalam mengenai rahsia dan selok belok hutan merupakan kelebihan kepada kaum Bateq untuk menjadi pemandu pelancong.

“Mereka menjadi pemandu pelancong yang baik untuk membawa pelawat mendekati khazanah alam semula jadi Taman Negara selain mendekatkan mereka dengan kehidupan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Menurut Wan Amizan, kepelbagaian budaya tradisional dan cara hidup eksotik suku kaum minoriti itu boleh dijadikan bahan promosi pelancongan di kawasan itu.

“Kehidupan suku kaum ini berjaya menawan hati pelancong Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman, United Kingdom dan Scandinavia,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: