Posted by: redstone123 | Ogos 15, 2011

16 kampung Orang Asli dipantau

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 14 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengesan 16 perkampungan Orang Asli di Gua Musang dekat sini dan Cameron Highlands, Pahang berisiko berlaku tanah runtuh kerana didirikan di sepanjang sungai dan lereng bukit.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, kampung-kampung terbabit berada dalam pemantauan Jakoa dan kerjasama dengan kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pakar geo sains sedang menjalankan kejadian struktur tanah di situ.

“Perkara ini memang kita ambil perhatian terutama perkampungan yang berisiko. Memang banyak perkampungan Orang Asli didirikan di sepanjang sungai dan tepi bukit.

“Apa yang berlaku di Sungai Ruil adalah (kejadian) kedua selepas di Pos Dipang pada 1996. Kita akan kaji 16 kampung ini untuk memastikan keadaan tanahnya baik,” katanya pada Program Ihya Ramadan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 Masyarakat Orang Asli Kelantan/Terengganu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Faridah Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff.

Mohd. Sani diminta mengulas tindakan susulan Jakoa untuk memeriksa kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung selepas kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang mengorbankan tujuh nyawa baru-baru ini.

Jelas beliau, Jakoa telah merancang satu pertemuan dengan Kerajaan Pas Kelantan dan Perbadanan Ladang Rakyat mengenai risiko penebangan hutan yang tidak terkawal kepada perkampungan Orang Asli di Lojing.

“Semua pihak berkaitan kena berbincang dengan kita dahulu sebelum buat pembangunan. Sekarang ini banyak sungai yang tercemar kesan pembukaan hutan dan Ladang Rakyat menyebabkan bekalan air bersih Orang Asli turut terjejas,” tegas beliau.

Tambahnya, Jakoa turut tidak menolak kemungkinan menubuhkan pasukan bertindak untuk tangani masalah itu, bagaimanapun perkara itu hanya akan dipertimbangkan selepas perbincangan dengan semua pihak dilakukan.

Posted by: redstone123 | Ogos 15, 2011

Perak arah pantau penempatan Orang Asli

IPOH 11 Ogos – Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri supaya memantau semua kawasan penempatan Orang Asli di tanah bercerun tinggi yang terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands pada Ahad lalu, yang mengorbankan tujuh nyawa tidak berulang.

”Kita sedang memantau kawasan-kawasan penempatan yang mempunyai ramai penduduk Orang Asli iaitu di Batang Padang, Pengkalan Hulu dan Sungai Siput.

”Kita minta pejabat tanah dan daerah memantau secara rapi kawasan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Posted by: redstone123 | Ogos 15, 2011

Tolong baiki Jalan Bukit Ibam

KEADAAN Jalan Bukit Ibam menuju ke Muadzam Shah yang rosak teruk dan perlu dibaiki segera.

Saudara pengarang,
SAYA salah seorang pengguna laluan Jalan Bukit Ibam menuju ke Muadzam Shah, Rompin.

Apa yang ingin saya mahu kongsi menerusi ruangan Rakan Pahang adalah jalan tersebut rosak teruk sejak beberapa tahun lalu dan tidak dibaiki sejak sekian lama.

Terdapat beberapa kes kemalangan hingga meragut nyawa di jalan itu akibat struktur jalan yang rosak teruk.

Ingatkan keadaan itu hanya disedari oleh saya tetapi orang ramai yang melalui jalan tersebut turut meluahkan rasa kecewa mengenainya.

Kalangan yang saya temui memberitahu, jalan tersebut merupakan jalan utama ke Bukit Ibam dan telah berlaku banyak kes kemalangan di situ.

Terdapat kira-kira 3,000 pengguna jalan raya melalui kawasan itu setiap hari termasuk penduduk di Kampung Ibam, Kampung Aur dan kawasan penempatan Orang Asli berdekatan.

Oleh itu, saya berharap masalah ini ditangani segera kerana orang ramai sudah tentu mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali melalui jalan berlubang di kanan dan kiri jalan.

Pihak berwajib seharusnya mengambil pendekatan proaktif dengan membaiki atau menurap semula jalan itu.

Saranan ini dibuat kerana jalan tersebut merupakan nadi perhubungan utama penduduk Bukit Ibam ke bandar Muadzam Shah.

MOHAMED SAMIN SALIMULLAH,

Muadzam Shah, Rompin

Posted by: redstone123 | April 22, 2011

RTM mahu jadiakn Asyik FM 24 bersiaran 24 jam

18/04/2011 7:14pm

KUALA LUMPUR 18 April (Bernama) — Radio Televisyen Malaysia (RTM) merancang untuk melanjutkan siaran Asyik FM, siaran radio khusus untuk komuniti Orang Asli, kepada 24 jam melalui pelaksanaan siaran digital yang dijangka akan diadakan pada 2015.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”Cruz berkata penambahan masa siaran itu selaras dengan peranan Asyik FM sebagai penyampai maklumat mengenai perancangan, pembangunan dan dasar kerajaan kepada masyarakat Orang Asli selain sebagai saluran hiburan khusus untuk komuniti itu.

Beliau berkata Asyik FM, kini boleh diikuti di hampir keseluruhan kawasan penempatan Orang Asli di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

“Bagi meningkatkan keluasan liputan dan penerimaan siaran, frekuensi radio Asyik FM telah ditambah pada 22 Jan lepas iaitu gelombang FM 95.6Mhz bagi membolehkan pendengar di Johor mengikuti siaran Asyik FM dengan jelas.— Bernama

Posted by: redstone123 | Februari 16, 2011

Program pembangunan pendidikan Orang Asli di SK Lanai

KUALA LIPIS 15 Feb. – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli Lanai di pedalaman Hulu Jelai di sini bagi melaksanakan program pembangunan pendidikan Orang Asli di kawasan itu.

Lawatan itu diketuai rektornya, Datuk Dr. Haili Dolhan bersama 30 pegawai dan penyelaras sekolah angkat IPGM yang turut disertai Timbalan Pengarah Institut Perguruan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) Lipis, Roselan Ahmad serta Pegawai Pelajaran Lipis Basirun Abdullah Hashim.

Sekolah terbabit dipilih oleh IPGM dan dijadikan sebagai sekolah angkat serta diletakkan di bawah penyelenggaraan IPGTAA Lipis sejajar dengan tanggungjawab institusi terbabit sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pribumi kawasan Pantai Timur.

Menurut Dr. Haili, projek sekolah angkat itu dijadikan sebagai perintis mengikut zon bersama tujuh IPGM lain dan akan diperluaskan kepada lapan institut itu lagi pada tahun ini sehingga 2012 dengan mensasarkan sekolah angkat berprestasi kurang cemerlang.

”Kita telah bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi sekolah Orang Asli dalam pelbagai aspek iaitu pencapaian akademik pelajar, motivasi guru, program penglibatan ibu-bapa dan kes disiplin pelajar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan itu di sini baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, projek sekolah angkat merupakan pendekatan bersama antara sekolah dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi mengenal pasti masalah serta kaedah terbaik meningkatkan prestasi sekolah terbabit.

Katanya, pada masa sama, pensyarah IPGM berpeluang melaksanakan pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya inovasi pedagogi.

Bagi Penyelaras Projek Sekolah Angkat IPGTAA Lipis, Shahnam Abd. Rashid berkata, sepanjang tahun lalu, program kemasyarakatan dan pendidikan dijalankan di sekolah tersebut bertujuan mewujudkan hubungan mesra yang bukan sahaja bersama pelajar tetapi masyarakat Orang Asli di situ.

”Program itu berjaya mencambah pemikiran masyarakat suku kaum itu dalam bidang pendidikan di samping merapatkan jurang sosial masyarakat Orang Asli supaya tidak terpinggir daripada arus transformasi pembangunan negara,” katanya.

Shahnam menjelaskan, fokus utama IPGTAA Lipis di sekolah berkenaan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang yang telah dikenal pasti iaitu motivasi kehadiran murid.

Katanya, pihaknya akan proaktif dalam meneruskan program itu dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Lipis, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan pemimpin setempat supaya misi dan objektifnya tercapai.

Guru Besar SK Orang Asli Lanai, Zainal Fitri Sutim terharu dengan program yang dijalankan seperti bina insan guru, kembara visual, kelas fardu ain, latihan pertolongan cemas dan projek tertentu berjaya mengubah pemikiran pelajar sekolah sekali gus memacu peningkatan akademik mereka.

Tambahnya, program tersebut merangsang kehadiran anak Orang Asli ke sekolah menerusi kegiatan berasaskan persekitaran yang menarik minat mereka melibatkan diri secara proaktif dalam pembelajaran termasuk membuka minda ibu bapa.

Posted by: redstone123 | Februari 16, 2011

Jakun: Ikhlaskah permohonan maaf Tok Guru?

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

SELEPAS setahun berlalu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli berikutan kenyataannya menggambarkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai ‘Jakun.’

“Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli.

“Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

“Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Menurut laporan, Nik Abdul Aziz membuat gambaran tersebut ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu.

Berikutan itu, masyarakat suku kaum Jakun mendakwa terhina dengan kenyataan tersebut dan telah membuat laporan polis serta meminta Menteri Besar Kelantan itu memohon maaf, tetapi tiada sebarang respon sehinggalah semalam.

Begitulah sukarnya seorang bergelar Tok Guru seperti Nik Abdul Aziz untuk memohon maaf sehingga mengambil masa setahun berbuat demikian.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak tahu Jakun nama keturunan atau suku kaum Orang Asli sebenarnya menunjukkan tahap pengetahuan Menteri Besar itu mengenai rakyat berbilang etnik di bawah pimpinannya.

Bagaimana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan selama lebih 20 tahun, mengatakan tidak tahu Jakun adalah salah satu suku kaum Orang Asli.

Justeru, mengambil kira perkara tersebut, timbul persoalan apakah permohonan maaf itu benar-benar datang dari hati nurani Nik Abdul Aziz, atau ia dibuat sekadar bagi menjaga perasaan masyarakat suku kaum tersebut demi memastikan survival politik Pas di negeri ini, terutama di Hulu Kelantan.

Tambahan pula, kemaafan itu hanya timbul selepas kumpulan masyarakat Orang Asli mengadakan pertemuan dengan beliau di kediaman rasminya, sedangkan tuntutan permohonan maaf itu pernah dikemukakan oleh masyarakat suku kaum berkenaan setahun lalu.

Penolakan suku kaum masyarakat tersebut kepada Pas di Hulu Kelantan menyaksikan Pas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil lalu dengan majoriti lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dan Pas, sudah semestinya tidak mahu senario tersebut berterusan dan melarat ke kawasan lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kerana ia akan hanya menggugat hasrat parti itu dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang kekal berkuasa di Kelantan, serta mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat nasional.

Lantaran itu, Nik Abdul Aziz mahu tidak mahu perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan balik sokongan masyarakat Orang Asli tersebut yang sebenarnya boleh menjadi penentu dalam percaturan politik di wilayah tertentu.

Ini sudah pastinya disedari oleh Mursyidul Am Pas berkenaan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam politik tanah air, terutama di Kelantan-negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum termasuk Orang Asli yang meliputi pelbagai suku kaum, salah satunya Jakun, tetapi sayang tidak diketahui oleh Nik Abdul Aziz.

Bilakah pula agaknya Nik Abdul Aziz yang telah menginjak usia 80 tahun akan meminta maaf kepada musuh politiknya terutama UMNO yang seagama dengannya, mengambil kira kenyataan beliau ‘Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain’.

Posted by: redstone123 | Disember 23, 2010

Orang Asli Kg. Penderas bakal dapat geran

TEMERLOH 21 Dis. – Kerajaan Pahang memberi jaminan akan memberikan geran tapak rumah kepada 156 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli Kampung Penderas, Kuala Krau, dekat sini dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, pemberian geran tapak rumah itu merupakan kali pertama dilakukan dalam daerah ini.

”Perkampungan Orang Asli yang lain juga akan menerima geran tapak rumah masing-masing selepas Kampung Penderas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan futsal tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaabar.

Perlawanan anjuran Persatuan Belia Taman Seri Desa bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Krau itu melibatkan 20 pasukan dalam DUN berkenaan.

Menurut Mohamed, pihaknya kini menunggu proses pemberian geran itu selepas mendapat kelulusan kerajaan negeri dan berharap supaya penduduk Kampung Penderas bersabar menanti hari penyerahan tersebut.

”Kita gembira kerana penduduk Orang Asli daerah ini terutama dalam DUN Jenderak merupakan yang pertama menerima geran bagi tapak rumah masing-masing. Ini membuktikan kerajaan tidak berat sebelah malah sentiasa memikirkan untuk membantu masyarakat minoriti itu.

“Masyarakat Orang Asli kampung lain perlu bersabar menunggu giliran mereka kerana bukan mudah urusan pemberian geran ini dibuat. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh perlu melukis pelan dan menyukat keluasan tanah mereka.

“Sebab itu, ia mengambil masa yang panjang kerana proses mengukur tanah memerlukan sukatan yang tepat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed berkata, dia bangga melihat remaja dan belia dalam DUN tersebut yang bergerak aktif dalam kegiatan sukan bagi mengisi masa terluang dengan kegiatan berfaedah.

Beliau berharap, persatuan belia setiap kampung dalam DUN itu dapat mengadaka

Posted by: redstone123 | Disember 23, 2010

Pertahan legasi Orang Asli

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
 

Patani Antah berburu menggunakan sumpit di hutan Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

 


JERANTUT 22 Dis. – Pahang merupakan antara negeri yang mempunyai banyak suku kaum Orang Asli. Antara suku kaum yang berselerak di seluruh negeri ini termasuklah Bateq, Negrito, Jakun dan Semai.

Meskipun kebanyakan masyarakat Orang Asli di negara ini telah mengalami proses pemodenan, kehidupan empat kaum minoriti itu masih tidak banyak berbeza dengan amalan nenek moyang mereka yang mengamalkan cara hidup primitif.

Bukan sahaja di segi paras rupa dan penampilan, malah mereka masih mengamalkan kehidupan berpindah-randah atau nomad yang diwarisi sejak turun-temurun untuk mencari rezeki.

Itulah realiti sebahagian masyarakat Orang Asli Pahang yang mendiami pedalaman Taman Negara Kuala Tahan, Hulu Tembeling, Betau, Kuala Koyan, Cameron Highlands, Rompin dan Bera.

Mereka tetap memilih kawasan pedalaman sebagai penempatan dengan menjadikan hutan dan sungai sebagai sumber rezeki walaupun tempias pembangunan moden semakin menjalar ke kawasan berkenaan.

Keunikan kehidupan Orang Asli berkenaan menjadi salah satu daripada tarikan utama pelancong dan aset pelancongan di negeri ini.

Malah, keunikan cara hidup kaum minoriti berkenaan menjadi penting untuk dieks-ploitasi bagi tarikan pelancong yang singgah di beberapa penempatan Orang Asli di negeri ini menerusi projek inap desa.

Walaupun sesetengah kawasan berkenaan sudah disentuh dengan pembangunan moden tetapi suku kaum terbabit masih menjadikan alam semula jadi dan hutan belantara untuk meneruskan kesinambungan warisan adat resam mereka.

Amalan berpindah-randah yang diamalkan tidak banyak berbeza dengan cara hidup manusia purba dengan menjadikan haiwan liar sebagai buruan.

Amalan itu bukan sahaja disebabkan faktor mencari rezeki, malah kepercayaan terhadap kematian dan alam ghaib juga menyebabkan mereka berhijrah ke tempat lain walaupun dalam jarak yang dekat.

Kebiasaannya mereka yang terdiri daripada 30 hingga 40 keluarga itu akan menetap di sesebuah kawasan dalam tempoh antara tiga sehingga empat bulan sahaja.

Berikutan cara hidup sedemikian, anak-anak suku kaum Orang Asli terbabit tidak ke sekolah disebabkan keluarga mereka berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain.

Anak-anak mereka membesar dengan alam semula jadi seperti bukit-bukau, hutan dan sungai.

Apa yang lebih penting, Orang Asli berkenaan dapat mempertahankan legasi adat resam dan kesenian lama yang diwarisi sejak turun temurun untuk mengisi kehidupan harian.

Berkunjung ke perkampungan Orang Asli suku Bateq di Taman Negara, minda kita seolah-olah diheret semula ke alam kehidupan manusia prasejarah.

Bayangkan rumah mereka masih lagi dibina dengan kayu, beratap rumbia, bertam dan pelupuh berlantaikan tanah.

Tiada sebarang peralatan moden yang boleh dilihat jika berkunjung ke penempatan mereka selain pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar.

Apa yang menarik jika berkunjung ke perkampungan suku Bateq di Dedari dan Terenggan berhampiran Taman Negara, pelancong boleh melihat dua kemahiran asas yang diwarisi Orang Bateq dan Negrito iaitu kaedah menghasilkan api dan menyumpit.

Api dihasilkan menggunakan seutas rotan yang ditarik dengan beralaskan tapak yang diperbuat daripada kayu meranti.

Percaya atau tidak, dalam masa tidak sampai seminit, geseran rotan dengan kayu berkenaan boleh menyalakan api yang dijadikan bahan bakar oleh masyarakat terbabit.

Pemandangan itu sekali gus mengimbau zaman prasejarah sebagaimana yang dipelajari dalam subjek sejarah di sekolah dahulu.

Peralatan sumpitan buluh pula merupakan senjata yang menjadi lambang kebanggaan masyarakat Bateq.

Adalah menjadi tradisi bagi setiap orang lelaki Bateq dewasa wajib mempunyai kepakaran menggunakan sumpitan sebelum berkahwin.

Selain itu, mereka juga mencari tumbuhan hutan seperti keladi liar, ubi-ubi lain dan buah-buahan yang terdapat di Taman Negara.

Masyarakat Orang Asli ini juga mempunyai sikap yang tidak suka membazir. Mereka akan mencari sumber makanan yang mencukupi untuk dinikmati sahaja.

Seorang penduduk Orang Asli Bateq, Patani Antah, 79, berkata, kehebatan seorang pemuda Bateq terletak kepada kemahirannya menyumpit sasaran dengan tepat dan membawa pulang banyak hasil buruan.

“Kepakaran seorang lelaki Orang Asli menyumpit dengan tepat dan memperoleh hasil buruan yang banyak akan disegani oleh masyarakat kami, malah menjadi impian gadis remaja untuk menjadikannya suami,” katanya.

Seorang wanita kaum Semai, Nurulhidayah Abdullah, 60, dari Pos Pantos, Hulu Jelai dekat sini, memberitahu, dia masih menggunakan buluh dan kayu untuk menanak nasi.

Menurutnya, ikan kering dan ubi kayu merupakan antara hidangan utama keluarganya.

“Penggunaan buluh dan kayu untuk memasak lebih menjimatkan, lagi pun rumah kami tidak ada peralatan elektrik dan gas untuk memasak,” katanya.

Ibu kepada sembilan anak itu berkata, nasi, ikan kering dan ubi kayu yang dimasak dalam buluh lebih enak dan gebu selain aromanya membangkitkan selera apabila bahan itu dibalut dengan daun lereh sewaktu memasak.

Seorang pengukir, Hassan Abdullah, 76, pula merupakan antara individu Orang Asli yang masih mengabdikan dirinya pada kesenian mengukir patung untuk dijual kepada pelancong yang singgah di Kampung Sungai Rengat dekat sini.

“Walaupun mengikut kepercayaan nenek moyang kami bahawa patung-patung ukiran ini bagi tujuan perubatan dan menghalau hantu, tetapi hari ini ia menjadi kegemaran pelancong untuk perhiasan dan cenderamata,” katanya.

Hassan yang berketurunan suku Jahut menamakan beberapa patung ukirannya dengan gelaran Hantu Heng, Kemokjah dan Kerong.

Dia juga melahirkan kebimbangannya bahawa kesenian itu akan berkubur selepas ketiadaannya kelak kerana generasi muda kaum itu tidak lagi berminat untuk meneruskan warisan berkenaan.

Sehubungan itu, pelbagai usaha perlu dibuat oleh pihak berwajib untuk memulihara warisan kesenian dan adat resam etnik Orang Asli di kawasan pedalaman negeri ini bagi mengangkat status kampung mereka di bawah projek inap desa.

Keunikan cara hidup dan kesenian pelbagai suku kaum Orang Asli boleh dieksploitasi untuk menambah pendapatan masyarakat minoriti itu sekali gus membolehkan sektor pelancongan inap desa terus berkembang di negeri ini.

Posted by: redstone123 | Disember 23, 2010

Penggerak sektor pelancongan Taman Negara

JERANTUT 22 Dis. – Kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan mana-mana suku kaum Orang Asli daripada menerima pembangunan walaupun sebahagian mereka masih mengamalkan cara hidup berpindah-randah atau nomad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak menegaskan, pelbagai program dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup kaum minoriti itu terutama dalam aspek pendidikan, ekonomi dan kesihatan.

“Dari sudut pelancongan pula, pelbagai program diatur untuk membantu kaum itu terutama golongan muda,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut berkata, antara kawasan di Hulu Tembeling yang masih didiami suku kaum Bateq, Negrito, Jakun dan Semai ialah di Kuala Yong, Dedari, Terenggan, Tekal, Tempan dan Sungai Kucing.

“Kerajaan negeri sentiasa memantau kebajikan mereka selain mempromosi kehidupan kaum berkenaan untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan di daerah ini,” katanya.

Menurut beliau, suku kaum berkenaan sebenarnya menjadi penggerak dalam sektor pelancongan di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Katanya, pengetahuan mendalam mengenai rahsia dan selok belok hutan merupakan kelebihan kepada kaum Bateq untuk menjadi pemandu pelancong.

“Mereka menjadi pemandu pelancong yang baik untuk membawa pelawat mendekati khazanah alam semula jadi Taman Negara selain mendekatkan mereka dengan kehidupan masyarakat Orang Asli,” katanya.

Menurut Wan Amizan, kepelbagaian budaya tradisional dan cara hidup eksotik suku kaum minoriti itu boleh dijadikan bahan promosi pelancongan di kawasan itu.

“Kehidupan suku kaum ini berjaya menawan hati pelancong Jepun, Korea, Singapura, Hong Kong, Jerman, United Kingdom dan Scandinavia,” katanya.

Posted by: redstone123 | Disember 23, 2010

Hasil Utan uwang Kitak Tahun 2011

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia uwang kitak padak haik nin, disinin akuk nak bertanyak uwang kitak semasak masuk ke hutan adakkah igun jumpa saang buung tai..?? kalau adak aku nak belik, adak seekor jenis buung yang saang nya mahal banyak uwang kaba, dah heboh-heboh nih.

Kalau igun terjumpak kah akan saang itu tolong tepon akuk segeak lah, akuk nak beli kalau adak, saang buung ituh upak lilin putih tuh, yang manak saang nye itu untuk dibuat ubat. saang buung ituh mahal ajih.

kalau adak nantik tolong hu

Older Posts »

Kategori