Posted by: redstone123 | Ogos 15, 2011

16 kampung Orang Asli dipantau

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 14 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengesan 16 perkampungan Orang Asli di Gua Musang dekat sini dan Cameron Highlands, Pahang berisiko berlaku tanah runtuh kerana didirikan di sepanjang sungai dan lereng bukit.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, kampung-kampung terbabit berada dalam pemantauan Jakoa dan kerjasama dengan kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pakar geo sains sedang menjalankan kejadian struktur tanah di situ.

“Perkara ini memang kita ambil perhatian terutama perkampungan yang berisiko. Memang banyak perkampungan Orang Asli didirikan di sepanjang sungai dan tepi bukit.

“Apa yang berlaku di Sungai Ruil adalah (kejadian) kedua selepas di Pos Dipang pada 1996. Kita akan kaji 16 kampung ini untuk memastikan keadaan tanahnya baik,” katanya pada Program Ihya Ramadan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 Masyarakat Orang Asli Kelantan/Terengganu di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jakoa Kelantan/Terengganu, Faridah Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff.

Mohd. Sani diminta mengulas tindakan susulan Jakoa untuk memeriksa kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung selepas kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang mengorbankan tujuh nyawa baru-baru ini.

Jelas beliau, Jakoa telah merancang satu pertemuan dengan Kerajaan Pas Kelantan dan Perbadanan Ladang Rakyat mengenai risiko penebangan hutan yang tidak terkawal kepada perkampungan Orang Asli di Lojing.

“Semua pihak berkaitan kena berbincang dengan kita dahulu sebelum buat pembangunan. Sekarang ini banyak sungai yang tercemar kesan pembukaan hutan dan Ladang Rakyat menyebabkan bekalan air bersih Orang Asli turut terjejas,” tegas beliau.

Tambahnya, Jakoa turut tidak menolak kemungkinan menubuhkan pasukan bertindak untuk tangani masalah itu, bagaimanapun perkara itu hanya akan dipertimbangkan selepas perbincangan dengan semua pihak dilakukan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: