Posted by: redstone123 | Februari 3, 2009

Lagu-lagu orang asli/asal, masyarakat orang asli, tok batin

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa melayari Laman Blog ini. Disini terdapat Video klip lagu-lagu dari kumpulan Redstone daripada Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Kepada para pelawat sudi-sudilah untuk memberikan sedikit sebanyak komen tentang video klip yang di hasilkan oleh kumpulan Redstone sendiri dan bagaimanakan kemajuan dalam arena industri Band kumpulan-kumpulan  dari masyarakat kaum kami ini.

Cuba buka sahaja Radio asyik fm Lain Dari Yang Lain, terdapat pelbagai rentak serta irama yang dihasilkan dari masyarakat kaum orang asli namun apakah mereka-mereka ini dapat memperolehi keuntungan dari jualan album-album yang mereka jual…?

Apa yang mengecewakan saya di sini bagaimanakah caranya irama muzik kaum orang asli ini dapat diperkembang serta menghasilkan pendapatan yang lumayan buat mereka.

Masyarakat orang asli zaman kini masih lagi ketinggalan jauh dari pelbagai aspek, kami amat mengharapkan semoga kerajaan dapat membantu kami serta memberikan pelbagai bantuan harta benda serta aspek tanah-tanah yang hebah diperkatakan sekarang ini.

mohon jasa baik kerajaan semoga tanah-tanah orang ini dapat digazetkan.

Peranan tok Batin harus peka dengan keadaan sekeliling apakah yang sedang berlaku. Tok Batin harus mengenal pasti apakah masalah anak buahnya demi memberikan kesejahteraan serta keselesaan anak-anak buah.

Pada zaman yang amat mencabar ini , tok bantin harus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi kaumnya. ada pelbagai jenis perniagaan yang boleh diusahakan demi membaiki taraf ekonomi kaum orang asli.

Jangan hanya bergantung kepada hasil-hasil hutan yang kini makin hari ditelan zaman.

saya menyatakan disini bukan bererti ingin menjatuhkan maruah tok batin namun ingin menasihat serta memberikan kata-kata semangant serta perangsang kepada kaum ku supaya akan lebih berusahakan seperti kaum-kaum yang lain.

Majukanlah diri anda sama taraf bangsa lain. YANG PENTING ILMU HARUS DIKECAPI dahulu tanpa ilmu sesuatu kaum itu tidak akan maju kehadapan.


Responses

  1. Touche. Outstanding arguments. Keep up the great work.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: