Posted by: redstone123 | Jun 5, 2009

JHEOA berusaha atasi masalah Orang Asli

KUALA KUBU BHARU – Pendedahan Sinar Harian semalam berhubung kehidupan daif masyarakat Kampung Orang Asli Sungai Garing dekat sini yang didakwa tidak mendapat pembelaan daripada jabatan berkaitan mendapat respons pegawai bertanggungjawab.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Daerah Hulu Selangor, Meor Adam Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak pernah berdiam diri sebaliknya sentiasa membantu dan mengusahakan segala permohonan yang dikemukakan kepada jabatan.

Menurutnya, segala permohonan bagi mendapatkan peruntukan memasukkan bekalan air dan elektrik ke kawasan penempatan itu sudah dibuat.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila usaha itu akan dimulakan kerana segalanya bergantung kepada keputusan yang dikeluarkan JHEOA di peringkat negeri.

Beliau berkata, segala rancangan membangunkan penempatan itu sudah dibuat termasuk usaha memasukkan bekalan air dan elektrik.

Namun menurutnya, pihak jabatan lebih mengutamakan kepada penempatan yang mempunyai penduduk yang ramai.

“Berbeza dengan Kampung Orang Asli Sungai Garing, hanya terdapat dua keluarga yang menetap di situ dan selebihnya sudah berpindah.

“Jadi, kita terpaksa memberi keutamaan kepada perkampungan yang lebih ramai penduduknya kerana keadaan itu lebih mendesak,” katanya.

Dua perkampungan Orang Asli yang sudah dibangunkan di daerah ini termasuklah Kampung Orang Asli Sungai Kelubi di Bandar Country Home dan Kampung Songkok.

Meor berkata, Kampung Orang Asli Sungai Garing juga kawasan banjir dan keadaan itu mungkin menjadi antara penyebab kelewatan penyaluran bantuan.

Menurutnya, sebelum ini penduduk di situ tinggal di bahagian bawah berhampiran dengan sungai dan setelah kerajaan bercadang membangunkan penempatan itu menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kediaman mereka dipindahkan ke kawasan yang ada sekarang.

Selepas itulah masalah berkenaan timbul dan penduduk tidak lagi mempunyai sumber air dan elektrik yang sempurna.

Beliau juga akan berusaha memberikan bekalan air bersih kepada penduduk di situ dan akan memastikan masalah itu akan segera di atasi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: