Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Proses wartakan tanah pribumi lancar

SEMPORNA 25 Sept. – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perbincangan kementeriannya dengan kerajaan negeri berhubung proses pewartaan tanah Orang Asli berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri kecuali Perak.

“Selepas mengadakan perjumpaan dengan kerajaan negeri Perak, saya akan membuat rumusan dan rumusan itu akan dikemukakan kepada Majlis Tanah Negara kemudian ke Kabinet dan ke Parlimen,” katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Beliau berkata, semua kerajaan negeri memberi sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam usaha kerajaan pusat untuk membantu dan membangunkan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Shafie berkata, jika semua proses pewartaan tanah Orang Asli itu berjalan lancar, perkara berkenaan akan dibentang di Parlimen tahun depan.

Pada program Isu di TV1 bertajuk “Orang Asli Hari Ini” yang disiarkan semalam, disebutkan bahawa lebih 19,000 hektar kawasan tanah Orang Asli di negara ini telah diwartawakan sebagai rizab Orang Asli dan seluas lebih 81,000 hektar lagi dalam proses pewartaan. – BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: