Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Orang Asli bakal dapat geran tanah

BERA 23 Sept. – Kerajaan akan mengeluarkan geran tanah kepada Orang Asli di seluruh negara tidak lama lagi membabitkan kawasan seluas 17,000 hektar yang telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohd. Olian Abdullah berkata, tanah yang akan diluluskan itu termasuk tapak rumah dan kebun buah-buahan.

Katanya, di sesetengah negeri, kerja-kerja mengukur tanah dan persempadanan sedang dilaksanakan manakala di Pahang dan Perak kerja-kerja tersebut telah selesai.

”Pejabat tanah dan daerah di negeri-negeri terbabit akan menyerahkan geran hak milik kepada Orang Asli apabila semua urusan pemetaan dan pengukuran siap.

”Pemberian geran hak milik Orang Asli itu adalah langkah kerajaan untuk membolehkan masyarakat pribumi mendapat geran hak milik sama seperti masyarakat lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Bukit Rok di sini semalam.

Kata Mohd. Olian, pemberian geran hak milik itu juga membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah mereka terutama yang berkaitan hak milik tanah.

Menurut beliau, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan meminggir dan mengabaikan masyarakat Orang Asli adalah tidak benar sama sekali.

Tambahnya, pemberian geran itu membolehkan Orang Asli dapat memiliki harta dan menjamin masa depan mereka.

Selain pemberian geran, jelasnya, kerajaan turut membayar pampasan kepada Orang Asli jika tanah mereka diambil bagi program pembangunan dan pelaksanaan projek seperti jalan raya.

Malah katanya, kerajaan membayar harga tanah itu jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak lain.

Bagaimanapun Mohd. Olian mengingatkan Orang Asli supaya tidak meneroka dan menceroboh tanah kerajaan secara haram sebaliknya perlu mengemukakan permohonan sah melalui pejabat tanah dan daerah masing masing.

Katanya, kerajaan bersedia mempertimbangkan setiap permohonan itu dan meluluskannya jika tidak membabitkan projek atau berlaku permohonan bertindih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: