Posted by: redstone123 | September 26, 2010

Apa Nak Jadi Dengan Masyarakat Kita Orang Asli…?

26 September – Apa nak jadi dengan kaum kita Orang Asli ni, setiap kali ada kenduri khawin di kampung-kampung Orang Asli sering berlaku pergaduhan sesama bangsa sendiri Oa lawan Oa lah katakan, adakah kita rasa diri kita dah cukup hebat dengan Masyarakat Luar…? Adakah uwang kitak asli tiada lagi Adat Resam, sikap saling menghormati diantara satu dengan yang lain.

Hampir 95 peratus punca pergaduhan berlaku berpunca dari meminum Arak ( Minum Engkam ), diri mereka rasa dah cukup kuat, tidak takut lagi pada Polis, tidak takut kepada Undang-undang yang bakal diperolehi kelak. kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali.?

Bermacam hal berlaku semasa tibanya majlis kenduri khawin di kampung masing-masing, seperti  adik parang abang kandung sendiri, dendam yag berterusan, kes pukul gaduh dan yang lebih teruk lagi kes kematian berpunca dari meminum arak dan memandu kenderaan motor hingga berlaku kemalangan melibatkan kematian.

Kenapa masyarakat kita masih lagi mempunyai tabiat buruk seperti ini..? Bila lagi Masyarakat kita hendak maju seiring dengan masyarakat Luar..? Tolong lah ubah sikap dan berfikir panjang wahai orang kitak.

ketagihan arak dah semakin menjadi-jadi di setiap kampung orang kitak sehingga hari ini, meminum Arak ( Engkem ) setiap hari dah jadi kebiasaan buat mereka hinggakan tidak ada  masjlis kenduri khawin pun tabiat meminum Arak semakin menjadi-jadi ini kerana ketagihan Arak telah mengawal hidup mereka, adakah orang kitak tidak sayangkan nyawa dan keluarga mereka..?

Wahai kawan-kawan semua marilah berbincang bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah Masyarakat kitak semua agar gejala meminum arak ini dapat dapat dikurangkan, dihentikan atau juga di kawal oleh diri peminum itu agar selalu sayangi Diri dan keluarga dan tanam azam  dalam diri agar tidak melakukan pelbagai masalah pada Masyarakat orang Kita. Mari lah kita mengubah sikap buruk ini agar tidak ketagihan dalam Arak.

kesian lah pada anak-anak kecil kitak yang tidak mengerti akan hidup ini, mereka harus diberikan kebahagian dalam hidup ini, jadilah contoh yang baik buat anak-anak kita agar mereka boleh berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi kelak, baik dari segi pelajaran, sudut kemahiran dan pelbagai lagi.

Mohon Ampun dan Maaf dari saya sekiranya coretan ini boleh menyakiti hati, perasaan, jiwa pembacanya, bukan niat saya mengutuk bangsa kita namun niat di hati untuk menyampaikan pesan buat Masyarakat kita agar sentiasa berubah melakukan kesilapan Diri.

# Hidup Ini Perlu Ada Perubahan Baru Jadi Manusia Berguna Namun Sekiranya Hidup Tanpa  Perubahan Kita Dianggap Bukan Manusia #


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: