Posted by: redstone123 | Oktober 4, 2009

RM65.4 juta bantu Orang Asli miskin

Ismail Abdul Muttalib (tengah) menyampaikan hamper dan duit raya kepada Orang Asli di perkampungan Orang Asli, Batu 55, Maran, Pahang, baru-baru ini. – utusan/ Salehudin Mat Rasad



MARAN 22 Sept. – Sebanyak RM65.4 juta diperuntukkan untuk membina 2,759 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) untuk keluarga miskin tegar di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Setiausaha Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, sehingga pertengahan tahun ini kadar kemiskinan tegar Orang Asli yang membabitkan ketua isi rumah telah berjaya dikurangkan kepada 7,193 berbanding sebanyak 9,003 pada tahun lepas.

”Kadar pengurangan itu merupakan usaha pembasmian yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan matlamat miskin tegar sifar peringkat nasional tercapai sepenuhnya.

” Berdasarkan statistik kementerian berkaitan sebanyak 550 buah kampung Orang Asli telah dilengkapi dengan bekalan elektrik serta 675 buah kampung kaum itu telah menikmati kemudahan bekalan air,” kata beliau.

Ismail berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan duit raya kepada 90 saudara baru, orang kurang upaya (OKU), anak yatim Orang Asli dan tok batin di Batu 55, Jalan Maran-Jerantut di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran, berkata, pembelaan ke atas masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan taraf hidup tidak pernah diabaikan oleh kerajaan.

”Baru-baru ini, seramai 197 usahawan Orang Asli dipilih berniaga di gerai-gerai yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan 250 peserta program Usahawan Orang Asli menerima pelbagai bantuan perniagaan,” katanya.

Tambahnya, peningkatan taraf hidup kaum Orang Asli semakin ketara berikutan sebanyak 96 ladang berjaya mengeluarkan hasil dan ia memberi faedah kepada 6,947 peserta masyarakat Orang Asli.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa kemudahan infrastruktur di kawasan perkampungan Orang Asli di daerah ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa walaupun kebanyakannya telah menerima elektrik, air bersih dan rumah.

Beliau turut menggesa masyarakat Orang Asli bersedia meninggalkan cara hidup tradisi dengan berpindah-randah sebaliknya tinggal dalam komuniti lebih besar bagi memudahkan saluran bantuan kepada mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: