Posted by: redstone123 | Oktober 4, 2009

Lelaki sesat di hutan Broga ditemui

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Salah seorang daripada dua lelaki yang hilang ketika menyertai aktiviti menyusuri hutan Broga di Semenyih pada Khamis lalu, ditemui selamat petang semalam.

Lim Chin Hock, 48, ditemui beberapa penduduk Orang Asli yang menyertai operasi mencari dan menyelamat itu kira-kira pukul 6.30 petang.

Dia ditemui di kawasan hutan berbukit di Hulu Beranang, kawasan sempadan Selangor-Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, mangsa ditemui dalam keadaan sihat namun agak keletihan dengan sedikit kesan luka digigit pacat.

“Beberapa Orang Asli berjaya menemui mangsa di sempadan negeri. Ketika dijumpai, mangsa dalam keadaan sihat.

“Penduduk Orang Asli itu kemudian memberi makanan dan minuman kepada lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, Chin Hock bersama seorang rakan berusia 60 tahun menyertai aktiviti ‘jungle trekking’ tanpa seliaan jurupandu profesional di hutan itu.

Mereka kemudian sesat. Rakan Chin Hock yang berusia 60 tahun telah ditemui tengah hari kelmarin dan disahkan sihat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: