Posted by: redstone123 | Oktober 4, 2009

Lebih 50,000 dijangka hadir Rumah Terbuka PM di Pekan

02/10/2009 12:41pm

PEKAN 2 Okt. – Lebih 50,000 tetamu dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Dataran Pekan di sini bermula 11 pagi hingga 2 petang, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Datuk Ishak Muhamad berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut dijangka berangkat ke majlis tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata, majlis rumah terbuka itu yang merupakan acara tradisi Najib sejak menjadi Ahli Parlimen Pekan, berkon sepkan ‘rakyat didahulukan’.

Di bawah konsep itu, katanya, rakyat berpeluang ber interaksi secara langsung dengan Perdana Menteri yang akan turut ‘turun padang’ beramah-mesra dengan para tetamu.

“Kita nak jadikan majlis ini gelanggang pertemuan antara pemimpin dan rakyat bagi merapatkan silaturahim, me ngukuhkan perpaduan dan mengeratkan kasih sayang te rutama dengan Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau persiapan majlis tersebut yang dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat berbilang kaum termasuk ma syarakat Orang Asli.

Mengulas lanjut, Ishak berkata, 100 gerai disediakan yang menyajikan pelbagai juadah hari raya termasuk nasi bukhara, laksa Pekan, lemang dan banyak lagi.

Bagi memeriahkan rumah terbuka itu, katanya, turut diadakan persembahan hiburan oleh beberapa artis termasuk artis Akademi Fantasia, Adam dan Stacy.

Katanya, pada majlis tersebut Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan sempena hari raya khusus untuk penduduk Pekan.

Jelasnya, bagi melancarkan aliran trafik, pihaknya akan mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Datanglah beramai-ramai untuk meraikan majlis tersebut. Bagaimanapun mereka yang demam, batuk dan selesema dinasihatkan lebih mengutamakan kesihatan dan tak perlulah hadir,” katanya. – Utusan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: