Posted by: redstone123 | Oktober 4, 2009

2,158 rumah Orang Asli dibina

KLUANG 1 Okt. – Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) membina 2,158 unit rumah dengan kos RM65 juta di seluruh negara menerusi pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Orang Asli, Mohd. Sani Mistam berkata, lebih 70 peratus daripada rumah tersebut telah pun diduduki manakala bakinya masih dalam pembinaan dan dijangka siap bulan depan.

Menurutnya, pelaksanaan projek di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu bagi memastikan masyarakat Orang Asli turut menikmati kemudahan daripada kerajaan sama seperti rakyat lain di negara ini.

“Bilangan rumah paling banyak dibina adalah di Pahang iaitu lebih 800 unit dan diikuti Perak lebih 700 unit,” katanya semasa ditemui pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Johor di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini hari ini.

Lebih 500 masyarakat Orang Asli termasuk dari Muar, Segamat, Mersing dan Kluang menghadiri majlis yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Mohd. Sani berkata, selain perumahan, pihaknya turut melaksanakan beberapa projek ekonomi dan kemudahan asas untuk membantu meningkatkan pendapatan masyarakat berkenaan.

“Ramai daripada mereka kini terlibat dalam projek tanaman kontan seperti pisang, ubi dan keledek,” katanya.

Beliau berkata, satu peruntukan khas pula akan dipohon daripada Kerajaan Pusat untuk membolehkan masyarakat Orang Asli terlibat dalam projek pertanian herba di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: