Posted by: redstone123 | September 8, 2009

Pusat Dakwah Islamiah Paroi jadi badan berasingan

SEREMBAN 27 Ogos – Pusat Dakwah Islamiah di Paroi akan menjadi badan berasingan untuk memastikan fungsinya benar-benar berkesan dalam menyebarkan syiar Islam di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sudah sampai masanya pelaksanaan itu dibuat supaya tidak berlaku kekangan dalam urusan pentadbiran sebagaimana yang berlaku ketika ini apabila ia diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

”Sudah lama saya mencari pendekatan terbaik dan selepas diperhatikan peranannya yang tidak menyeluruh, maka amat wajar sekali Pusat Dakwah Islamiah di Paroi ini menjadi badan berasingan.

”Selagi ia beroperasi di bawah JHEAINS, ia akan berhadapan kekangan pentadbiran terutama dari segi perjawatan. Kita tidak boleh mewujudkan perjawatan baru kerana tiada waran untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bulan Ramadan di Rantau, dekat sini hari ini.

Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menjelaskan, beliau sedang merangka modul berkaitan pengurusan dan pentadbiran pusat dakwah berkenaan sebelum ia dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

”Saya bersama Pengarah JHEAINS, ahli MAINS dan beberapa ahli pemikir yang lain sedang merancang modulnya untuk kita lihat corak gerak kerja yang akan dibuat sebelum tindakan diambil sebaik sahaja pusat dakwah ini diasingkan entitinya,” kata beliau.

Tambah beliau, perancangan itu akan dibuat dengan teliti sehingga Jun tahun hadapan sebelum ia berfungsi sebagai badan berasingan.

”Saya mahu pusat dakwah ini menjadi pusat kecemerlangan dan mempunyai data bank yang mampu menggerakan pengembangan syiar Islam dengan aktif dan tersusun.

”Ia akan dikelolakan oleh Lembaga Pengelola atau Lembaga Pengarah yang boleh melonjakkan peranan pusat dakwah ini melalui satu gerakan pembaharuan, selain menjadi ‘otak’ kepada segala aktiviti peningkatan syiar Islam di negeri ini,” tegas Mohamad.

Beliau juga mahu pusat dakwah itu menyediakan pelan jangka masa panjang dalam mendidik golongan mualaf serta mengenal pasti orang miskin, anak mereka serta penuntut ilmu untuk diberikan bantuan yang sepadan.

”Begitu juga dengan Orang Asli yang dijemput memeluk Islam tetapi pusat dakwah tidak bersungguh memberikan didikan dan segala bantuan kepada mereka.

”Usaha dakwah kita tidak serius, tiada susulan yang komprehensif. Apabila mereka memeluk Islam, mereka diberikan bantuan selepas itu mereka tidak dipedulikan. Mana boleh.

”Orang yang memeluk Islam, biasanya telah meninggalkan keluarga, disisih, hidup sendiri dan meninggalkan agama lama mereka. Inilah yang hendak kita susun supaya peranan pusat dakwah ini dilihat lebih penting dalam pengembangan syiar Islam ini,” tegas beliau.

Add to Google

//


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: