Posted by: redstone123 | September 8, 2009

1,400 bakal dapat liputan telefon bimbit

TEMERLOH 27 Ogos – Seramai 1,400 penduduk termasuk masyarakat Orang Asli di 10 kampung di Jenderak dekat sini akan mendapat liputan telefon bimbit apabila sebuah pencawang telekomunikasi dibina di kawasan itu tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, kerja-kerja pembinaan pencawang oleh sebuah syarikat telekomunikasi akan dilaksanakan secepat mungkin.

”Pada masa ini pemilik telefon bimbit di kawasan ini tidak dapat menggunakan kemudahan itu kerana tidak mempunyai liputan.

”Mereka terpaksa ke bandar Kuala Krau mencari kawasan tertentu untuk berhubung dengan dunia luar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Menurut Mohamed, walapun tidak mempunyai liputan tetapi lebih 50 peratus masyarakat Orang Asli di Penderas dekat sini memiliki telefon bimbit.

Katanya, ini menunjukkan Orang Asli di kawasan itu mengikuti perkembangan teknologi semasa.

Oleh kerana ketiadaan liputan, ujarnya, masyarakat Orang Asli hanya menggunakan telefon bimbit apabila berada di luar kawasan kediaman seperti di Kuala Krau, Temerloh dan Jerantut.

Menurutnya, keupayaan memiliki telefon bimbit dan kereta membuktikan masyarakat Orang Asli di kawasan itu menikmati kehidupan dan pendapatan yang lebih baik berikutan kejayaan beberapa program ekonomi yang dilancarkan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

”Kehidupan Orang Asli di kawasan itu kini jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu kerana mereka kini mempunyai pendapatan tetap hasil daripada projek pertanian, ternakan dan ramai yang bekerja di luar penempatan mereka.

”Sebelum ini mereka hanya bergantung kepada hasil hutan seperti mencari akar kayu dan binatang buruan tetapi hasilnya tidak seberapa terutama selepas kawasan hutan diterokai untuk projek pertanian,” kata beliau.

Menurut Mohamed, pendapatan isi rumah mereka juga meningkat kepada lebih RM750 sebulan berbanding 10 tahun lalu apabila pendapatan mereka hanya RM350 hingga RM400 sebulan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, risda membuka seluas 200 hektar tanah dengan tanaman berkelompok getah baka bermutu tinggi bagi menambahkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.

Jelasnya, seramai 80 keluarga dipilih menyertai projek tersebut untuk meningkatkan taraf hidup mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: