Posted by: redstone123 | Ogos 20, 2009

Tebrau tercemar ribuan ikan mati

 

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

 

Jumaat Sharke menunjukkan bangkai ikan kerapu yang telah busuk di Kampung Orang Asli Telok Jawa, Pasir Gudang, semalam.



 

JOHOR BAHRU 10 Ogos – Pencemaran di perairan Selat Tebrau sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan ribuan ikan mati amat membimbangkan terutamanya di kalangan 67 nelayan di perkampungan Orang Asli Telok Jawa, Masai di sini.

Malah keadaan itu tidak menyenangkan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau bangkai ikan yang terdampar di pantai, dipercayai mati akibat pencemaran di selat tersebut.

Seorang nelayan, Del Jahon, 49, berkata, pencemaran air di selat tersebut menyebabkan ribuan ikan mati termasuk ikan yang diternak di dalam sangkar.

“Masalah ini bermula pada 3 Ogos lalu, namun ia mula ketara dua hari kemudiannya apabila jumlah ikan yang mati semakin banyak.

“Bangkai-bangkai ikan tersebut terdampar di pesisir pantai menyebabkan bau yang sangat busuk,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi nelayan, Jumaat Sharke, 54, berkata, pendapatannya terjejas ekoran restoran berhampiran tidak mahu membeli ikannya.

“Pagi tadi saya turun ke laut melihat jaring tetapi seekor ikan pun tidak dapat dan kalau ada pun, restoran tak mahu beli kerana bimbang ikan itu tidak selamat dimakan.

“Jika keadaan ini berterusan, sumber pendapatan kami akan tertutup,” katanya yang memperoleh kira-kira RM50 sehari dari hasil laut.

Menurut Jumaat, bangkai-bangkai ikan yang terdampar di kawasan perumahan penduduk juga mengeluarkan bau busuk sehingga menyebabkan selera makan mereka terganggu.

Penduduk mendakwa pencemaran berkenaan berpunca daripada pembuangan sisa toksik daripada kawasan perkilangan yang terletak kira-kira empat kilometer dari kampung mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Jabatan Alam Sekitar negeri, Dr. Zulkifli Abd. Rahman berkata, pihaknya telah turun padang beberapa hari lalu bagi menyiasat kejadian itu.

“Punca pencemaran masih disiasat termasuk menunggu laporan daripada analisis kimia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: