Posted by: redstone123 | Ogos 20, 2009

Kerajaan tidak pilih bulu bangunkan rakyat

TELUK INTAN 18 Ogos – Kerajaan tidak akan bersikap pilih bulu dalam usaha membangunkan rakyat di negeri ini kerana apa yang penting adalah memastikan semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan lebih selesa dan sejahtera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, setiap kelompok masyarakat termasuk Orang Asli yang memerlukan bantuan akan dibantu bagi membolehkan mereka turut menikmati arus kemajuan.

”Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan sikap pilih bulu atau pilih kasih dalam mengagihkan projek pembangunan kepada rakyat terutama Orang Asli yang banyak menyokong pada pilihan raya umum lalu.

”Sokongan itu memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus bekerja dan berbakti kepada rakyat,” katanya.

Zainol Fadzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri berkata demikian selepas majlis sumbangan makanan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Redang Punggor dekat sini semalam.

Sementara itu, Ketua Kampung Redang Punggor, Omar Abdullah berkata, mereka amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

”Kami akan terus menyokong BN kerana banyak projek pembangunan telah dilaksanakan di kampung kami,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Kata Omar, antara projek yang telah dilaksanakan ialah pembinaan jalan mini bertar di seluruh kampung itu yang menelan kos sebanyak kira-kira RM300,000.

”Jalan mini tar ini amat memudahkan saya dan anak-anak buah bagi menjalankan urusan harian kami sama ada untuk ke pekan atau sebaliknya,” kata beliau.

Katanya, kebanyakan rumah penduduk di kawasan itu yang berjumlah 666 orang juga dibina atas bantuan dan sokongan kerajaan BN.

”Daripada 110 rumah yang ada, sebanyak 30 rumah papan buruk sudah digantikan dengan rumah batu di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

”Sebanyak 60 buah rumah papan lagi akan diganti dengan rumah batu tidak lama lagi,” katanya.

Menurut Omar, kerajaan juga mengurniakan tanah seluas 1.2 hektar kepada setiap keluarga untuk diusahakan bagi menambah pendapatan mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: