Posted by: redstone123 | Ogos 20, 2009

Kedatangan meningkat

 

Oleh FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia meningkat dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas meskipun penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin membimbangkan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen (gambar) berkata, dari Januari hingga Julai lalu, peningkatan yang dicatatkan adalah 3.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Strategi Kementerian Pelancongan pergi ke negara-negara luar dan memberi penerangan mengenai situasi negara nyata berkesan.

“Tahun lepas kita terima kedatangan pelancong seramai 12.891 juta orang dari Januari hingga Julai manakala pada tahun ini kita telah menerima pelancong seramai 13.350 juta orang bagi tempoh sama,” ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Yen Yen, bagi memastikan industri pelancongan terus melonjak di peringkat antarabangsa, beberapa pendekatan akan dilaksanakan.

“Lebih ramai pemandu pelancong tempatan akan dilatih. Langkah terbaru ialah kita akan melatih Orang Asli untuk mengendalikan aktiviti pelancongan di kawasan hutan dan penempatan mereka.

”Begitu juga dengan masyarakat di pulau-pulau, mereka juga akan dilatih untuk menjadi pemandu pelancong,” jelasnya.

Selain itu katanya, lebih banyak program latihan bahasa asing akan dilaksanakan demi melahirkan pemandu pelancong yang baik.

“Mahasiswa yang menganggur boleh menyertai sektor pelancongan sebagai pemandu pelancong. Pekerjaan ini amat menyeronokkan,” katanya.

Menurutnya, pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan Indonesia bagi membantu meningkatkan industri pelancongan kedua-dua negara.

“Sebanyak 16 agensi pelancongan dari Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama melaksanakan pakej percutian ke tiga kawasan bersejarah iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Borobudur (Indonesia). Pelan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: