Posted by: redstone123 | Ogos 20, 2009

5% Orang Asli belum ada MyKad

HULU TERENGGANU 17 Ogos – Kira-kira lima peratus daripada 150,000 Orang Asli di negara ini belum mempunyai MyKad atau sijil kelahiran. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Mohd. Sani Mistam berkata,

ia berlaku mungkin kerana kesedaran masyarakat Orang Asli mengenai perkara itu masih rendah.

“Jadi dia tidak peduli soal kad pengenalan mahupun sijil kelahiran,” katanya kepada pemberita selepas Program Kem Mesra Minda 2/2009 di perkampungan Orang Asli Sungai Berua dekat sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, JHEOA akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengatasi masalah itu selewat-lewatnya tahun depan.

Beliau juga berkata, JHEOA menyediakan peruntukan RM377 juta tahun ini untuk pembangunan ekonomi dan perkampungan Orang Asli yang membabitkan pembukaan ladang kelapa sawit atau ladang getah sebagai sumber pendapatan mereka.

Peruntukan itu termasuk bagi membina rumah, bekalan elektrik dan air serta pembinaan jalan dan pembangunan sosial.

Kini terdapat lebih 800 perkampungan Orang Asli

di seluruh negara. – BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: