Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

Tanah Orang Asli mungkin dikembalikan

BANDAR TEMERLOH – Tanah adat Orang Asli suku Jakun di Kampung Sungai Buan dekat Rompin yang didakwa dicerobohi diyakini dapat dikembalikan kepada penduduk asal penempatan tersebut.

Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid Suhut berkata, ramalan itu berdasarkan beberapa kes hampir sama sebelum ini yang berlaku di Johor di mana mahkamah memutuskan mengembalikan hak Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 134.

Menurutnya, mahkamah biasanya akan memutuskan hak Orang Asli akan kekal berdasarkan tiga perkara utama iaitu kawasan yang diceroboh termasuk dalam kawasan rayau Orang Asli, kawasan yang diwartakan dan penempatan mereka.

“Saya yakin Orang Asli Kampung Sungai Buan akan mendapat balik hak mereka berdasarkan tiga perkara asas tersebut,” katanya sewaktu ditemui di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Orang Asli mengenai penempatan mereka di kawasan itu diceroboh.

Majid berkata, semua pihak harus memandang serius perkara itu kerana Orang Asli adalah penduduk asal kawasan tersebut dan mereka bukan hidup senang.

Katanya, mereka mengusahakan ladang kelapa sawit dan buah-buahan menggunakan perbelanjaan sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.

“Macam mana kita nak lihat Orang Asli meningkatkan pendapatan mereka. Baru nak maju hak mereka dirampas sesuka hati. Ini tidak adil dan satu bentuk penganiayaan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan perlu mengambil kira keputusan mahkamah berdasarkan kes-kes yang hampir sama berlaku sebelum ini.

Beliau turut mendesak kerja pencerobohan yang didakwa dilakukan oleh Tabung Haji Plantations Berhad dan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dihentikan serta merta.

“Saya turut mendesak kerajaan mengembalikan tanah adat Orang Asli Kampung Sungai Buan kepada mereka,” katanya.

Sinar Harian semalam, melaporkan kegelisahan penduduk kampung tersebut yang terpaksa mendapatkan khidmat peguam bagi menghentikan kerja pencerobohan pihak terbabit di tanah adat mereka.

Tok Batin Orang Asli kampung terbabit, Majid Jaafar mendakwa pihak terbabit melanggar arahan walaupun notis peguam dihantar kepada mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: