Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

RM27 juta bina perumahan Orang Asli

RM27 juta bina perumahan Orang Asli

WAN ROSDY WAN ISMAIL (tengah) beramah mesra dengan Akim a/l Nyeot (duduk kiri) yang menjalani pemeriksaan kesihatan ketika menyertai lawatan di Kampung Orang Asli Senderut, Kuala Lipis, semalam

 

KUALA LIPIS 8 Feb. – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM27 juta untuk projek pembinaan 814 buah rumah Orang Asli tahun ini di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelaksanaan projek itu bakal memberikan keselesaan kepada masyarakat Orang Asli, di samping berpeluang meningkatkan taraf hidup menerusi sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

Beliau berkata, projek pembinaan itu akan diselenggarakan secara berperingkat membabitkan daerah Rompin sebanyak 131 buah rumah, Pekan (113), Kuala Lipis (101), Temerloh (57) dan Bera (62).

Daerah-daerah lain yang terlibat ialah Jerantut (72), Bentong (50), Raub (84), Kuantan (36), Maran (42) dan Cameron Highlands (66).

”Peruntukan besar ini merupakan tanggungjawab sosial kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli kerana kerajaan sama sekali tidak meminggirkan kaum minoriti ini dalam apa juga projek pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyertai program kemasyarakatan dan rawatan kesihatan di Kampung Orang Asli Senderut, dekat sini hari ini.

Program sehari itu membabitkan 25 orang petugas dari Jabatan Kesihatan Kuala Lipis, Klinik Kesihatan Sungai Koyan dan sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Pahang.

Hadir sama Pengerusi PBSM Pahang, Zainol Abidin Halim, Tok Batin Orang Asli Senderut, Mahathir a/l Tegos dan Tok Batin Betau, Ahmad a/l Selalu.

Menurut Wan Rosdy, rumah berkenaan yang dianggarkan berharga RM33,000 sebuah, mempunyai tiga bilik tidur, ruang tamu, tandas, dapur selain dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air bersih.

”Projek penempatan setempat itu kelak dapat membantu masyarakat Orang Asli mempunyai organisasi kampung sendiri di bawah pentadbiran seorang tok batin bagi memudahkan pemantauan dan penyaluran bantuan oleh agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, senarai penerima akan ditentukan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Pejabat Daerah berkenaan.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: