Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

Perkim Jerantut rancang bina bangunan

 

JERANTUT 7 Feb. – Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Jerantut merancang membina bangunan pejabatnya sendiri bagi melancarkan lagi kegiatan dakwah di daerah ini pada tahun ini.

Pengerusi Perkim (Wanita) Jerantut, Datuk Rahimah Mohd. Kawi (gambar) berkata, kos projek bangunan setinggi tiga tingkat itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 yang dijangka dibina di bandar ini.

”Tapaknya sudah ada di bandar ini dan kami kini sedang giat mengumpul dana dan memerlukan bantuan para dermawan Islam untuk mempercepatkan projek ini.

”Sudah sampai masanya Perkim Jerantut mempunyai bangunannya sendiri untuk menggerakkan pelbagai kegiatan khususnya usaha dakwah di kalangan saudara baru di sini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Rahimah, bangunan Perkim berkenaan akan dijadikan asrama anak yatim, warga emas dan saudara baru bagi memudahkan mereka mengikuti kelas fardu ain dan pengajian al-Quran.

Katanya, Perkim Jerantut kini mengendalikan program kebajikan dan pendidikan kepada 250 saudara baru terutama Orang Asli.

Sementara itu, beliau memberitahu, Perkim Jerantut giat melaksanakan program ziarah ke perkampungan Orang Asli yang baru memeluk Islam dalam usaha memantapkan akidah mereka dan membantu kebajikan penduduk berkenaan.

”Program berkenaan diadakan secara berperingkat di perkampungan Orang Asli Sungai Bangkong, Sungai Berjuang, Tekal, Paya Petai, Padang Piol dan Sungai Kucing dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan penduduk tempatan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan ziarah ke perkampungan Orang Asli merupakan agenda utama Perkim supaya keimanan dan keyakinan mereka terhadap Islam dapat dimantapkan dari semasa ke semasa.

Beliau menambah, Perkim Jerantut juga menganjurkan perkahwinan beramai-ramai pasangan Orang Asli Islam, kursus pengurusan jenazah dan menggalakkan hubungan erat antara orang Melayu dengan penduduk berkenaan menerusi kegiatan kemasyarakatan dan majlis kenduri


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: