Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

Orang Asli perlu ikuti prosedur

Orang Asli perlu ikuti prosedur hak milik tanah Orang Asli perlu ikuti prosedur hak milik tanah

MOHD IZZATUL                             IZUAN TAHIR

PONTIAN JAYA – Sebanyak 11 kampung masyarakat Orang Asli yang melibatkan 489 buah keluarga masyarakat tersebut di negeri ini sudah memiliki tanah di perkampungan masing-masing.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Pahang, Abdul Wahid Akmal Omar berkata, pihaknya selalu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung hak pemilikan tanah masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, segala keputusan berhubung hak pemilikan tanah terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri sama ada meluluskan permohonan mereka atau sebaliknya kerana ia sudah termaktub di dalam undang-undang kerajaan negeri.

“JHEOA memang ada hubungan yang baik dengan kerajaan negeri, dan kita selalu adakan perbincangan mengenai hak pemilikan tanah Orang Asli untuk diketengahkan kepada mereka (kerajaan negeri).

“Segala keputusan mengenai permohonan tanah Orang Asli itu terpulang kepada kerajaan negeri untuk menimbang proses kelulusan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Sukan dan Rekreasi Orang Asli.

Beliau meminta masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak beranggapan bahawa hak pemilikan tanah yang diduduki itu adalah hak mereka kerana mereka juga perlu membuat permohonan.

“Kalau sudah 40 tahun mereka tinggal di sesuatu kawasan itu, mereka perlu membuat permohonan kerana dari segi undang-undang setiap masyarakat termasuk Orang Asli perlu memiliki geran tanah.

“Tapi selalunya, masyarakat Orang Asli beranggapan mereka mempunyai hak terhadap tanah yang diterokai, dan ini satu tanggapan yang salah dan ia perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci lagi,” katanya.

Mengulas mengenai cara JHEOA dalam memastikan masyarakat Orang Asli diberi maklumat berhubung hak pemilikan tanah, Abdul Wahid berkata, pendedahan seperti kursus dan seminar diadakan bagi tujuan tersebut.

Katanya, melalui kursus itu juga Orang Asli akan diberi pendedahan mengenai cara dan prosedur yang perlu diikuti mereka sebelum proses permohonan mereka diluluskan.

“Kita beri seminar kepada mereka dan kita harap peserta yang mengikuti seminar itu boleh menerangkan kepada ahli keluarga mereka yang lain mengenai hak milik tanah,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: