Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

Masalah tanah Orang Asli akan diselesaikan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Khas Tanah Negeri Selangor akan me-ngadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Khas Orang Asli pada 1 Julai ini untuk berbincang bagi mempercepatkan proses mengenalpasti dan mewartakan tanah milik Orang Asli di negeri ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perbincangan itu diharap dapat mencapai satu kata sepakat dalam masa terdekat memandangkan Jawatankuasa Khas Tanah Selangor sudah mempunyai data berhubung tanah berkenaan.

“Saya harap supaya kita dapat terus berbincang bagaimana cara untuk menyelesaikan perkara ini. Saya juga akan berjumpa dengan pegawai daerah supaya mereka tidak perlu menunggu lama untuk me-nguruskan pendaftaran pemilikan itu,” katanya pada majlis dialog bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Orang Ramai Desa Temuan, Bukit Lanjan di sini hari ini.

Khalid berkata melalui resolusi yang dicapai pada majlis dialog hari ini, semua projek pembangunan yang dirancang di atas tanah milik Orang Asli perlu mendapat persetujuan mereka sebelum dilaksanakan.

“Selain itu, kita juga akan mengambil kira berhubung soal pampasan jika tanah hak milik Orang Asli ini diperlukan untuk dibangunkan supaya ia dapat dinilai dengan betul,” katanya.

Pada majlis dialog itu, masalah yang banyak diutarakan oleh masyarakat Orang Asli adalah berhubung permohonan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah bagi tujuan bercucuk tanam yang sehingga kini masih belum mendapat jawapan yang memuaskan daripada kerajaan negeri, walaupun mereka mendapat pampasan dalam bentuk rumah kediaman.

Sementara itu, Khalid juga berjanji untuk memberikan kemudahan air percuma kepada masyarakat Orang Asli serta mencadangkan pemberian biasiswa untuk anak masyarakat itu yang berjaya mendapat tempat di universiti. — BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: