Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

Kedap ‘penyuluh’ Orang Asli

 

 

 

Markom Giran (enam dari kiri) dan rombongan sempat bergambar kenangan bersama guru-guru dan murid-murid Orang Asli di SK Peta Mersing, Johor, baru-baru ini.

 


 

KOTA TINGGI 12 Feb. – Jika anda menonton filem Pendekar Bujang Lapok arahan Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee, pasti teringat sekolah dewasa untuk mereka yang buta huruf.

Walaupun filem itu sudah lama berlalu, namun atas keprihatinan kerajaan membantu golongan dewasa, konsep sekolah tersebut dihidupkan semula khusus untuk masyarakat Orang Asli di negara ini.

Kelas Dewasa untuk Ibu bapa Murid Orang Asli dan Penan (Kedap) yang diwujudkan Kementerian Pelajaran di seluruh negara merupakan usaha mengurangkan kadar buta huruf atau tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) di kalangan mereka di kawasan pedalaman.

Lebih menarik, kelas tersebut bukan saja mengajar golongan dewasa mengenal huruf malah turut mengajar asas membaca serta mengira seperti yang diajar pada kanak-kanak seawal usia enam tahun.

Di Johor, 10 sekolah terpilih mengadakan kelas Kedap.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Layau Kota Tinggi, SK Sayong Pinang Kulai, SK Kudong Segamat, SK Segamat Kecil, SK Pengkalan Tereh Kluang, SK Seri Sedohok Kluang, SK Punan Kluang, SK Labong Endau, SK Peta Mersing dan SK Tanah Abang Mersing.

Baru-baru ini, ‘pelajar dewasa’ di SK Peta Mersing dan SK Punan Kluang mendapat suntikan semangat apabila menerima kunjungan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Markom Giran.

Markom ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa berusaha dan mencari pendekatan terbaik memajukan kehidupan masyarakat pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli dalam bidang pendidikan.

“Justeru, kita berharap menerusi program ini, ibu bapa yang berjaya menguasai kemahiran 3M dapat membantu anak mereka meningkatkan pencapaian akademik seterusnya membawa perubahan lebih besar kepada masyarakat Orang Asli,” katanya.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Sektor Pendidikan Khas JPNJ; Md. Amin Anis, Ketua Jaminan Kualiti JPNJ; Md. Kassim Md. Noah dan Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Pendidikan Swasta JPNJ, Musa Ismail.

Setakat ini, 50 ibu bapa menyertai kelas berkenaan di Mersing dan Kluang iaitu masing-masing 25 orang di SK Peta Mersing dan SK Punan Kluang yang bermula pertengahan tahun lalu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: