Posted by: redstone123 | Mei 17, 2009

Hazaiah tauke herba terkenal

 

 

 

HAZAIAH Yunus menunjukkan antara produk herba keluarannya di samping suaminya, Rosli Tamjis di premisnya di Pekan Rabu, Tampoi, Johor Bahru, semalam.

 

JOHOR BAHRU 9 Feb. – Walaupun dahulu hanya seorang kontraktor namun hari ini beliau adalah salah seorang usahawan yang namanya dikenali di kalangan penggemar ubat herba dan jamu di negeri ini.

Malah pemilik nama Hazaiah Yunos, 50, itu tidak pernah terfikir mampu mengecapi kejayaan seperti mana yang ada ‘dalam genggamannya’ hari ini.

Ibu kepada 10 orang cahaya mata yang berusia antara setahun hingga 29 tahun itu tetap berusaha mengorak langkah bagi memastikan perusahaan herbanya mendapat tempat di hati pengguna.

“Saya mahu produk yang dikeluarkan di bawah label Warisan Herba Sejati Asli Sdn. Bhd. terus mendapat tempat bukan sahaja di kalangan penggemar persiapan tradisional tetapi kepada pengguna baru.

“Saya tahu itu adalah cabaran yang perlu saya tempuhi namun bagi saya cabaran itulah yang akan menjadi kayu ukur semangat saya untuk terus maju,” katanya ramah.

Dia yang ditemui di kedainya di Pekan Rabu, Tampoi, di sini baru-baru ini tidak lokek untuk berkongsi sejarah penubuhan syarikatnya yang kini sudah berusia lebih lima tahun itu.

Ujarnya, segala ilmu berkenaan dengan herba diperoleh daripada ibunya yang pernah menjadi bidan serta pengalamannya bergaul dengan masyarakat Orang Asli suatu ketika dahulu.

Menurut wanita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Za itu, segala ilmu yang diajar oleh ibunya seakan ‘hilang’ sekiranya tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

“Maka dengan gabungan kedua-dua resepi terbentuklah 13 jenis persediaan herba yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki, wanita mahupun golongan kanak-kanak.

“Sehingga kini, saya telah menghasilkan pelbagai persediaan herba termasuk dengan produk jamu seperti jamu kocak. Kesemua ubat-ubat herba tersebut boleh didapati di kedai saya,” katanya lagi.

Antara produk syarikatnya ialah teh herba, minyak kelapa dara, Puteri Bayu, Puteri Embun, Raja Satun dan Pedu Bumi.

Kesemua produk herba yang digunakan diperoleh dari sekitar negara ini dan diproses di sebuah kilang di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Ditanya mengenai pasaran produk-produknya, anak kelahiran Pontian itu berkata, produk keluaran syarikatnya boleh didapati di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Kedah dan juga Singapura.

Dia juga bukan sekadar menjual produk herbanya, malah turut menghasilkan makanan tradisional iaitu rempeyek namun dipelbagaikan dengan campuran pelbagai jenis herba.

Malah rempeyeknya juga boleh didapati dalam pelbagai perisa dan bentuk seperti rempeyek pedas atau biasa, berperisa badam dan gajus.

“Istimewanya rempeyek saya ialah ia dihasilkan dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk empat segi, bentuk tiga segi, bentuk bulat dan bentuk hati.

“Alhamdulillah, setakat ini permintaan kuih saya sangat menggalakkan terutama bila tiba musim perayaan,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: