Posted by: redstone123 | Februari 23, 2009

Mayat anak Orang Asli ditemui

Mayat anak Orang Asli ditemui

IPOH 21 Feb. – Mayat seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli yang dilaporkan lemas di Sungai Lengwek, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding dekat sini sejak Selasa lalu, ditemui petang semalam.

Sakhril Nizam Adik yang berusia dua tahun ditemui di dasar sungai itu pada pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, kanak-kanak itu ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat dia terjatuh pada pukul 2 petang Selasa lalu.

Katanya, kanak-kanak itu bersama bapanya dikatakan membasuh motosikal di tepi sungai depan rumah mereka sebelum mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan hilang.

“Bapa mangsa telah membuat laporan mengenai kehilangan anaknya itu di pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Gerik.

“Sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi mencari bersama pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat kanak-kanak itu,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: