Posted by: redstone123 | Februari 23, 2009

Kementerian Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kementerian Pengajian Tinggi akan membina empat lagi kolej komuniti induk dan 10 cawangan di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penubuhannya adalah untuk menyedia dan menawarkan peluang pendidikan, latihan dan kemahiran kepada setiap lapisan masyarakat melalui kursus-kursus jangka pendek di bawah konsep pembelajaran sepanjang hayat.

”Konsep ini merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat oleh semua lapisan masyarakat untuk menjana pendapatan tambahan dan mengukuhkan keupayaan ekonomi mereka.

”Setiap golongan termasuk orang kurang upaya, (OKU), Orang Asli dan golongan askar yang bersara turut akan mendapat manfaat dalam penubuhan kolej itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Malaysia Prihatin Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Selayang di sini semalam.

Program itu dilancarkan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Idris Haron, Dr. Hou Kok Chung, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Imran Idris.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, kementeriannya juga akan menggunakan beberapa pendekatan untuk merealisasikan objektif Program Malaysia Prihatin dalam masa terdekat.

”Antaranya adalah, menyediakan tenaga sukarelawan di kalangan mahasiswa untuk menyumbang sebagai sukarelawan dalam aktiviti gotong-royong, penyelidikan, kajian bancian dan bantuan perubatan.

”Selain itu, kita menekankan aspek pembangunan dan keusahawanan serta menyediakan latihan kemahiran asas dalam bidang-bidang yang terpilih seperti tekonologi maklumat, automotif, agro teknologi dan beberapa kursus yang bersesuaian,” katanya.

Dalam majlis tersebut, beliau memberikan watikah pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat kolej komuniti berkenaan.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan untuk membantu kelancaran dan keberkesanan program-program anjuran kolej itu.

”Pelantikan ahli-ahli itu juga bertujuan untuk memastikan peranan kolej itu dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat serta bersesuaian dengan kehendak masyarakat,” jelas beliau.

Kini, negara ini mempunyai 37 buah kolej komuniti induk di seluruh negara yang berfungsi untuk memberi manfaat kepada masyarakat negara.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: