Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

RISDA sasar 10,000 usahawan pekebun kecil

RISDA sasar 10,000 usahawan pekebun kecil

MELAKA 26 Dis. – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berhasrat melahirkan sebanyak 10,000 usahawan pekebun kecil berdaya maju menjelang tahun 2010, di bawah Pelan Pembangunan Usahawan Pekebun Kecil.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, sejak pelan itu diperkenalkan pada 2005 sehingga sekarang, RISDA telah melahirkan lebih 3,000 usahawan di kalangan pekebun kecil.

“Bidang keusahawanan meliputi pembangunan dan pengurusan ladang, pembekalan input pertanian, pemasaran, tapak semaian, ternakan, tanaman dan industri desa,” katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abd Jabar Che Nai, ketika merasmikan Karnival Desaria RISDA 2008 di Melaka Mall di sini, hari ini.

Muhammad berkata, program keusahawanan yang diperkenalkan Risda itu untuk meningkatkan pendapatan keluarga pekebun kecil.

Beliau berkata, mekanisme bagi merangka pelan berkenaan adalah melalui empat program iaitu pembudayaan keusahawanan, tambah nilai produk, pemasaran dan promosi, dan integrasi keusahawanan.

Katanya, Karnival Desaria RISDA merupakan antara platform bagi memperluas jaringan perniagaan yang telah bertapak atau bagi usahawan yang baru melangkah ke alam perniagaan.

Karnival tiga hari yang bermula hari ini, disertai 30 usahawan di bawah bimbingan RISDA, Felcra, Kemajuan Masyarakat (Kemas), dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: