Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

Orang asli jadi nelayan

Orang Asli dilatih jadi nelayan

PASIR PUTEH – Kumpulan pertama 25 Orang Asli dari Sungai Rual, Jeli akan dilatih sebagai nelayan moden untuk mengurangkan pergantungan terhadap tenaga kerja nelayan asing.

Mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun itu akan dilatih oleh Syarikat Perikanan Laut Dalam, Jet-7 (M) Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Tok Bali di sini selama enam bulan sebagai awak-awak.

“Peringkat permulaan mereka akan diberi pendedahan kaedah mengendalikan bot, peralatan dan menangkap ikan berhampiran kawasan pantai,” kata pengurus syarikat itu, Abdul Rahman Hamat kepada pemberita pada majlis keraian peserta berkenaan di Tok Bali, di sini semalam.

Pada peringkat kedua, mereka akan dilatih untuk meneroka laut dalam sehingga berupaya menjadi tekong yang berkebolehan dan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat itu, katanya.

Beliau berkata, penyertaan mereka dalam industri itu dapat meringankan beban pengusaha bot yang terpaksa menggunakan lebih 1,000 nelayan asing kerana belia tempatan tidak berminat menceburi bidang itu.

Sebelum ini, kumpulan itu menamatkan latihan membaik pulih komputer yang dikendalikan oleh Era Timur Sdn. Bhd. dan Sky Era Sdn. Bhd. yang berpejabat di Kota Bharu. — BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: