Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

Orang Asli digalak sertai KMOAP

Orang Asli digalak sertai KMOAP

KUALA LIPIS 12 Dis. – Golongan Orang Asli terutamanya yang mempunyai kelayakan akademik diseru menganggotai Koperasi Muslim Orang Asli Pahang (KMOAP) bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup melalui pelaburan dalam bidang keusahawanan dan pertanian.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sejak ditubuhkan bulan lalu, hanya 76 ahli berdaftar dengan KMOAP berbanding 57,000 penduduk Orang Asli di negeri ini.

”Jumlah ahli yang sikit tidak akan membantu kejayaan koperasi justeru saya berharap lebih ramai Orang Asli di daerah lain mendaftarkan diri sebagai ahli KMOAP dan menyuntik pelaburan mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat masyarakat Orang Asli di Kampung Pantos, Jelai dekat sini hari ini.

Perhatian

Penubuhan KMOAP turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob apabila beliau turut menyumbang kira-kira RM10,000 sebagai peruntukan untuk pengurusan awal koperasi terbabit.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai berkata, kejayaan koperasi itu turut bergantung kepada pembabitan aktif Orang Asli untuk merebut peluang perniagaan terutama dalam bidang keusahawanan dan pertanian.

”Kita menggalakkan Orang Asli yang mempunyai kelayakan akademik dan kepakaran tertentu mengurus koperasi ini agar ia mampu bersaing dengan koperasi Melayu lain,” katanya.

Beliau berkata, seramai 7,900 orang mualaf Orang Asli di Pahang boleh membantu menggerakkan misi dan visi koperasi berkenaan pada masa akan datang.

Beliau menambah, aspirasi KMOAP untuk mengubah kehidupan Orang Asli menerusi perniagaan selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk meletakkan golongan itu sebaris dengan kaum lain dalam semua bidang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: