Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

Felda bantu Orang Asli

Felda bantu Orang Asli

KUALA LUMPUR 12 Jan – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedia bekerjasama untuk mengambil alih pembangunan dan pentadbiran masyarakat Orang Asli bagi memastikan nasib kaum itu lebih terbela.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Yusof Noor berkata, Felda bersedia melaksanakan tugasan mengurus dan membangunkan masyarakat Orang Asli sekiranya mendapat sokongan dari pelbagai agensi serta masyarakat itu sendiri.

“Kita bersedia untuk membangunkan masyarakat Orang Asli itu sekiranya agensi-agensi yang terlibat sanggup memberikan kerjasama dan sokongan termasuk masyarakat Orang Asli itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan Felda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pihak yang mahukan Felda mengambil alih usaha membangunkan penempatan masyarakat Orang Asli berdasarkan kejayaan yang dikecapi Felda kini.

Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut, beliau menyeru agar masyarakat tampil memberi bantuan kepada mangsa kekejaman Israel di Gaza, Palestin yang menyaksikan ratusan nyawa tidak berdosa terkorban.

“Berilah bantuan seikhlas hati, hari ini kita menjadi saksi kepada peperangan, kepada apa yang berlaku, tidak mustahil juga apabila ada pula orang yang akan menyaksikan kita,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan wang dari Felda beserta kumpulan di bawah rangkaiannya sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada Tabung NSTP untuk Gaza.

Sehubungan itu, beliau turut meminta pemimpin-pemimpin Arab agar berusaha untuk tidak terus terperangkap dengan taktik serta usaha kuasa-kuasa besar yang ingin melaga-lagakan sesama pemimpin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: