Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

Elaun tok batin naik hingga 250 peratus

Elaun tok batin naik hingga 250 peratus

KUALA LIPIS 28 Dis. – Seramai 206 tok batin di seluruh Pahang akan menikmati kenaikan elaun sehingga 250 peratus berkuatkuasa 1 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenaikan elaun itu membabitkan tok batin dari semua kategori A hingga C.

Menerusi kadar baru itu, kata beliau, tok batin kategori A yang mentadbir melebihi 1,001 penduduk Orang Asli yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM1,800 setahun, akan mendapat RM4,800 setahun.

”Bagi tok batin kategori B yang mentadbir antara 501 hingga 1,000 penduduk akan menikmati kadar kenaikan elaun sebanyak RM3,600 setahun berbanding RM1,500 setahun pada masa ini.

”Tok batin kategori C yang mentadbir anak buahnya antara 100 hingga 500 orang akan menerima kenaikan elaun daripada RM1,200 ke RM2,400 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program pemimpin dan media bersama penduduk Orang Asli anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Cameron Highlands di Kampung Kuala Koyan dekat sini hari ini.

Pada program itu, Wan Rosdy menyampaikan 30 hamper makanan sumbangan Kemas Cameron Highlands kepada warga emas dan kanak-kanak cacat Orang Asli.

Hadir sama, Penolong Pengarah (Perhubungan) Kemas negeri, Zaaba Unnasir Osman, Penyelia Kanan Kemas Cameron Highlands, Zainal Abidin Mohd. Ali Hanafiah dan Penghulu Mukim Jelai, Mohd. Razaki Abd. Razak.

Wan Rosdy memberitahu, elaun berkenaan akan diberikan sebanyak dua kali setahun kepada tok batin bagi memudahkan mereka berbelanja dan menjalankan urusan pentadbiran di kampung masing-masing.

Kata beliau, Pahang memperuntukkan hampir RM500,000 untuk membayar kadar elaun baru itu kepada semua tok batin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: