Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

Balu terkejut terima pampasan walaupun tidak pernah mencarum

Balu terkejut terima pampasan walaupun tidak pernah mencarum

PEKAN 3 Feb. – Rezeki datang bergolek. Begitulah tuah seorang balu yang terkejut apabila menerima pampasan dan pencen daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) walaupun mendiang suaminya tidak pernah membuat caruman dengan pertubuhan itu sepanjang hidupnya.

Balu berkenaan, Rosnah Long, 44, yang mempunyai lapan orang anak terkejut dan tidak menyangka dia sekeluarga layak menerima wang pampasan tersebut walaupun suaminya, Osman Puteh yang bekerja sebagai penebang balak tidak pernah mencarum di Perkeso.

Rosnah menerima pampasan sebanyak RM11,500 dan pencen RM1,500 sebulan setelah dia membuat semakan di pejabat Perkeso di Kuantan pada 25 November tahun lalu.

”Saya terkejut dan tidak menyangka akan menerima pampasan ini kerana suami tiada caruman Perkeso semasa bekerja.

”Saya dan anak sekadar mencuba setelah mendapat nasihat dari salah seorang saudara, Hamid Hita, 54, untuk mendapat pembelaan kerana mendiang suami meninggal dunia sewaktu bekerja,” katanya selepas menerima cek Perkeso di Balai Raya Kampung Runchang di sini hari ini.

Cek disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Mohammad.

Hadir sama, Pengarah Perkeso negeri, Yusoff Ngah.

Osman meninggal dunia selepas dihempap kayu balak ketika menjalankan kerja-kerja penebangan di kawasan hutan di sini pada 30 Jun tahun lalu.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan lapan anak iaitu Roszofirol, 25; Rosfazian, 22; Roszilan, 21; Jeamie, 19; Jeanimi, 17; Ozzisroll, 15; Mimi Marlina, 13; serta Rosezzni, 5.

Sementara itu, menurut Yusoff, Rosnah merupakan Orang Asli pertama di Pahang yang layak menerima pampasan daripada Perkeso walaupun suaminya tidak pernah mencarum.

Menurutnya, mangsa layak menerima pampasan di bawah Akta Perkeso walaupun majikannya tidak membuat sebarang membuat caruman semasa bekerja.

”Selain itu, waris juga layak menerima pencen sebanyak RM1,500 sebulan kerana mangsa dihempap balak ketika sedang bekerja.

”Dengan wang tersebut, diharap balu serta lapan anaknya menggunakan sebaik mungkin terutama menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai,” katanya.

Dalam pada itu, Ishak dalam ucapannya berkata, beliau berharap kes seperti ini menjadi iktibar kepada semua pihak termasuk majikan supaya mendaftar dan mencarum setiap pekerja dengan Perkeso.

”Kes ini merupakan yang pertama melibatkan Orang Asli kerana tiada laporan dibuat sebelum ini.

”Setiap pekerja layak mendapat hak dan pembelaan ke atas mereka maka setiap majikan perlu bertanggungjawab dan tidak mengabaikan hak pekerja,” katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: