Posted by: redstone123 | Februari 6, 2009

Pembangunan Tanah Rizab Orang Asli

PEKELILING
KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
BILANGAN 6/1999
Kaedah Dan Pendekatan Pelupusan Tanah
Kepada Orang Asli
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-Pentadbir Tanah mengenai kaedah
dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.
2. Isu mengenai pemberimilikan tanah kepada Orang Asli telah mula dibincangkan pada
peringkat Jawatankuasa pada tahun 1992 dan beberapa ketetapan mengenainya tehahpun
dibuat. Perkara ini tetah dibincangkan semula pada tahun 1997 oleh Jawatankuasa Khas dan
seterusnys kertas dasar dan garis panduan syarat-syarat pemberimilikan tanah kepada Orang
Asli telah dibentangkan dan dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah Malaysia pada bulan
September, 1997.
3. Sehubungan dengan perkara yang menyentuh Orang Asli, Jabatan Peguam Negara
telah memberikan pandangan bahawa tanah rizab Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954
(AOA) merupakan tanah rizab Persekutuan di bawah Perkara 85(5)(a) dan (b) Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, bagi maksud pemberImilikan tanah rizab Orang Asli, Pihak Berkuasa
Negeri (PBN) hendaklah mendapatkan pelepasan status rizab Persekutuan itu sebelum
tindakan membatalkan rizab Orang Asli dan urusan pemberimilikan tanah itu boleh dilakukan.
4. Setelah pembatalan rizab Orang Asli maka tindakan mengikut kaedah dan cara
pemberimilikan tanah di bawah bobehlah digunakan. Sayugia dimaklumkan bahawa perkara
pelepasan tidak termasuk kawasan Orang Asli ataupun tanah saka Orang Asli yang mana
tanah-tanah ini tidak perlu mendapat keputusan Jemaah Menteri.
4.1. Bentuk dan cara pemberimilikan tanah
4.1.1. Oleh kerana pelupusan tanah kepada Orang Asli secara perizaban tidak dapat
memberikan hakmilik kepada Orang Asli, maka cara pelupusan tanah kepada Orang
Asli ialah secara pemberimilikan mengikut syarat-syarat yang akan dikenakan oleh
PBN. Bagi menjamin pemberimilikan tanah kepada Orang Asli dan memudahkan
bayaran premium tanah, bayaran hasil tanah dan bayaran-bayaran lain kepada
Kerajaan Negeri maka 3 kaedah pelupusan tanah dicadangkan seperti yang berikut:
(a) Pembangunan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)
1960;
(b) Pemberimilikan secara individu; dan
(c) Kekal sebagai rizab Persekutuan.
Kaedah (a) dan (b) ialah secara pemberimilikan tanah manakala kaedah (c) dikekalkan
sebagal rizab Persekutuan.
(a) Pembangunan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)
1960 (ATKPB)
(i) Pemberimilikan tanah di bawah ATKPB bagi kawasan-kawasan yang
dirancang seperti Rancangan Penyusunan Semula Orang Asli, kawasankawaSan
Orang Asli yang bukan Rancangan Penyusunan Semula Orang
Asli dan kawasan-kawasan lain yang dirancang hendaklah dilaksanakan
oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atau FELCRA
BERHAD.
(ii) Bagi menjamin kejayaaan pembangunan tanah mengikut kaedah ini,
projek-projek pembangungan tanah ini hendaklah .ditaksanakan oleh
FELDA atau FELCRA BERHAD. Sekiranya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA) dilantik sebagai agensi untuk melaksanakan pembangunan
tanah maka satu undang-undang yang baru perlu diadakan bagi
membolehkan JHEOA diberi kuasa untuk membangnkan tanah. Ini
mungkin akan menimbulkan kesulitan dari segi kepakaran kakitangan.
Sebaliknya jika FELDA atau FELCRA BERHAD yang menjadi agensi
pembangnan maka tiada kesulitan yang akan timbul kerana FELDA atau
FELCRA BERHAD sememangnya merupakan agensi pembangunan
tanah yang berpengalaman. Ada 3 cara pembangunan yang boleh
dilaksanakan di bawah ATKPB iaitu:
(a) sistem hakmilik;
(b) sistem koperasi; dan
(c) sistem saham.
(iii) Faedah yang boleh diperolehi oleh Orang Asli di bawah sistem hakmilik
ialah mereka boleh mendapat hakmilik secara individu untuk dusun dan
lot tapak rumah yang diikat dengan hakmilik ladang. Usaha secara ini
lebih merupakan usaha individu (own effort). Keutamaan dalam proses
pemberimilikan
tanah diberi kepada kawasan-kawasan yang telah dan sedang dimajukan
seperti Rancangan Penyusunan Semula dan Kampung Tradisional Orang
Asli khasnya tapak kediaman dan kawasan ladang.
(iv) Bagi kawasan-kawasan yang terlalu kecil dan tidak sesuai dibangunkan
sebagai rancangan kawasan seperti ini hendaklah diteruskan dengan
tindakan mewarta bagi perkampungan sebagai penempatan biasa. Bagi
kawasan yang tetah diluluskan dan belum diwartakan (masih tidak boleh
dipertimbangkan untuk pemberimilikan atas sesuatu sebab) perlu
diteruskan dengan tindakan pewartaan seperti yang sedi ada.
(v) Manakala Sistem Koperasi dan Saham, ianya Iebih merupakan usaha
secara berkumpulan (group effort). Hakmilik akan diberikan di bawah
nama suatu perbadanan dan Orang Asli akan mendapat faedah dan segi
saham yang diperolehi.
(vi) Tanah rizab Orang Asli merupakan rizab Persekutuan. Justeru itu,
sekiranya tanah ini hendak dibangunkan di bawah cara ini maka JHEOA
hendaklah memohon supaya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan meminta
Kerajaan melepaskan tanah ini daripada rizab Persekutuan dan secara
serentak membatalkan rizab dan mewartakan di bawah ATKPB.
(b) Pemberimilikan secara individu
Kaedah ini membolehkan Orang Asli diberirnilik tanah secara individu. Seksyen
8(3) AOA memperuntukkan seperti yang berikut:
“Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana tanah
daripada diberimilik atau diberi (grant) atau dipajakkan kepada mana-mana
orang asli.”
Oleh yang demikian, pemberimilikan secara individu ini memerlukan Kerajaan
Negeri mengeluarkan rizab Orang Asli daripada rizab Persekutuan dan
seterusnya pemberimillkan secara individu kepada Orang Asli tersebut boleh
dilaksanakan. Pakej pemberimilikan secara individu adalah ladang, dusun dan
tapak rumah. Tata cara kerja bagi pemberimilikan secara individu adalah seperti
di Lampiran ‘A’. Walau bagaimanapun ini tidak menghalang Kerajaan Negeri
daripada memberimilik tanah kepada Orang Asli di kawasan di luar rizab Orang
Asli, terutamanya di pinggiran kawasan pembangunan.
(c) Kekal sebagal rizab Persekutuan
Kaedah yang ketiga ini adalah di mana tanah rizab Orang Asli tersebut
dikekalkan sebagai rizab Persekutuan dan pelupusan tanah secara hakmilik
ternyata tidak dibenarkan di bawah undang-undang. Walau bagaimanapun,
Orang Asli dibenarkan untuk mendiami kawasan ini bagi menjalankan aktiviti
harian mereka dan sekiranya tanah-tanah di bawah rizab atau kawasan Orang
Asli ini diambil bagi tujuan-tujuan tertentu maka pampasan hendaklah dibayar
kepada Orang Asli mengikut AOA.
4.2. Garis Panduan Syarat~Syarat Pemberimilikan Tanah
4.2.1. Dengan adanya kaedah pemberimilikan tanah seperti yang telah diterangkan di atas
maka perlu juga ada syarat-syarat pemberimilikan tanah. Negeri-negeri seperti
Selangor, Kelantan, Johor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ada
menggariskan syarat-syarat pemberimilikan tanah masing-masing. Setelah diteliti maka
yang berikut dicadangkan sebagal syarat-syarat pemberimilikan tanah tidak kira sama
ada bentuk pemberimilikan tersebut dibuat di bawah ATKPB atau secara individu
yang mana ianya mungkin boleh diterima pakai oleh semua Negeri di Semenanjung:
Pembahaqian dan keluasan kawasan
Tapak rumah – 0.20 hektar (1/2 ekar)
Tapak Dusun – 0.81 hektar (2 ekar)
Tanah Ladang – – 2.43 hektar (6 ekar)
Bagi Tapak Rumah
(a) Jenis Hakmilik – Pajakan Negeri / Pajakan
Mukim (di bawah ATKPB)
(b) Tempoh Pajakan – – 99 tahun
(c) Jenis Kegunaan – – Bangunan
Tanah
(d) Syarat Nyata – – Tanah ini hendaklah
digunakan untuk rumah
kediaman
(e) Sekatan Hakmilik ini – Tanah yang diberimilik tidak
boleh thgadai, dipajak atau
dipindahmilik melainkan
dengan mendapat
kebenaran PBN
(f) Bayaran Premium – Nominal (RMIO.OO
setiap lot)
(g) Hasil Tanah – Mengikut kadar dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri
(h) Bela nja-belanja lain – Mengikut kadar dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri
(I) Upah Ukur – Dikenakan 2/3 daripada
kadar terjadual dalam
Perintah KTN (Bayaran
Ukur) 1965, perenggan
4(1)
Tanah Dusun
(a) Jenis Hakmilik – Pajakan Mukim
(b) Tempoh Pajakan – 99 tahun
(c) Jenis Kegunaan – Pertanian
Tanah
(d) Syarat Nyata – Tanah ini hendaklah
digunakan untuk dusun
buah-buahan
(e) Sekatan Hakmilik ini – Tanah yang diberimilik ini
tidak boleh digadai,
dipajak atau dipindahmilik
melainkan dengan
mendapat kebenaran
PBN
(f) Bayaran Premium – Nominal (RM3O.OO
setiap hektar)
(g) Hasil Tanah – Mengikut kadar dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri
(h) Belanja-belanja lain – Mengikut kadar dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri
(i) Upah Ukur – Dikenakan 2/3 daripada
kadar terjadual dalam
Perintah KTN (Bayaran
Ukur) 1965, perenggan
4(1)
Tanah Ladang
(a) Jenis Hakmilik – Pajakan Mukim
(b) Tempoh Pajakan – 99 tahun
(c) Jenis Kegunaan – Pertanian
Tanah
(d) Syarat Nyata – Tanah ini hendaklah
digunakan untuk tanaman
kekal
(e) Sekatan Hakmilik – Tanah yang diberimilik ini
tidak boleh digadai,
dipajak atau dipindahmilik
melainkan dengan
mendapat kebenaran
PBN
(f) Bayaran Premium – Nominal (RM1O.OO
setiap hektar)
(g) Hasil Tanah – Mengikut kadar dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri
(h) Belanja-belanja lain – Mengikut kadar dalam
Kaedah-Kaedah Tanah
Negeri
(1) Upah Ukur – Dikenakan 2/3 daripada
kadar terjadual dalam
Perintah KTN (Bayaran
Ukur) 1965, perenggan
4(1).
5. Pentadbir-Pentadbir Tanah dinasihatkan untuk mengambil tindakan untuk melaksanakan
program pemberimilikan tanah kepada Orang Asli supaya mereka dapat lebih segera
ditempatkan secara kekal di sesuatu tempat.
(DATO’ WAN ABDUL WAHID BIN HAJI WAN HASSAN)
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Fail: KTPK/101/KPU/452-15 Jld.2
KTPK/IOI/KPU/799 JId.3
Tarikh: 17 November 1999/ 9 Syaaban 1420
LAMPIRAN’ A’
TATA CARA KERJA PEMBERIMILIKAN SECARA INDIVIDU
JHEOA tentukan kawasan untuk diberimilik
JHEOA tentukan no. Warta di bawah AOA dan tentukan luas
kawasan untuk dibatalkan
JHEOA kenalpasti jumlah penduduk dan jumlah lot
PT rujuk kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG)
JHEOA hubungi Pentadbir Tanah (PT)
PTG sediakan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan
Perkara dibawa kepada MMK untuk pertimbangan / kelulusan
PTG hubungi KPTG (Pesurujaya Tanah Persekutuan) untuk
dapatkan kelulusan Jemaah Menteri untuk pelepasan
daripada Rizab Persekutuan
PTG rujuk kepada Setiausaha untuk batal Warta Rizab
Hakmilik dikeluarkan dengan syarat pemberimilikan
yang telah dililuskan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: