Posted by: redstone123 | Oktober 18, 2010

Kawalan Keselamatan Kampung Orang Asli

Selamat gelap wahai uwang kitak tai… aku nak bagi cadangkan mahupun berpesan kepada semua uwang kitak asli nin. Aku cadangkan ong semua supaya wujudkan Rukun Tetangga di kampung-kampung kitak inih. Aku dapat tahuk rupa-rupaknya selamak ini terdapat berbagai kes setiap malam di kampung orang asli nin…

Kebelakangan ini kampung kami di Dearah Hulu Selangor telah berjaga malam setiap malam kerana terdapat orang-orang yang tidak dikenali atau pun uwang Luar masuk ke kampung padak tengah malam.Mintak kalau boleh semuak Masyarakat kita supaya mewujudkan Rukuk Tetangga menjaga keselamatan kampung pada setiap malam di kampung masing-masing.

 

Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Tingkat peluang ekonomi lebih 15,000 penduduk

KUALA LIPIS 22 Sept. – Lebih 15,000 penduduk termasuk Orang Asli di daerah Lipis bakal mendapat manfaat apabila projek pembinaan Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands siap sepenuhnya tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jalan itu bakal menjana dan memberikan peluang ekonomi kepada penduduk yang tinggal di sepanjang rangkaian jalan tersebut.

“Projek itu bakal menjana sektor pelancongan dan pertanian di daerah ini dan meningkatkan taraf hidup penduduk di Sungai Jelai dan Felda Gugusan Koyan di Hulu Jelai,” katanya kepadaUtusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai memberitahu, Orang Asli yang terlibat dengan projek jalan berkenaan telah ditempatkan semula di kawasan kediaman yang lebih selesa.

“Mereka diberikan rumah yang dilengkapi dengan bekalan elektrik dan telefon yang menggunakan tenaga solar,” katanya.

Selain masyarakat Orang Asli, kata Wan Rosdy, para peneroka Sungai Koyan 1, 2 dan 3 turut bakal menerima limpahan ekonomi berikut pembukaan jalan baru itu.

Menurut beliau, Sungai Koyan yang lebih dikenali sebagai ‘pekan koboi’ bakal berubah wajah menjadi pusat pertumbuhan baru tidak lama lagi.

Ini kerana jelasnya, pekan Sungai Koyan akan menjadi dominan sebagai pusat tumpuan golongan peneroka dan menjadi pintu masuk ke Cameron Highlands selain menjadi tumpuan orang ramai sebagai pusat persinggahan tidak lama lagi.

Sungai Koyan juga ujarnya, akan menjadi rangkaian perniagaan sejajar pertumbuhan bandar Kuala Lipis dan Raub yang menjadi nadi utama penduduk kawasan Hulu Jelai dan Batu Talam termasuk Orang Asli yang tinggal di pos penempatan berdekatan.

“Sebagai persediaan bagi menghadapi perubahan itu, kerajaan telah membina beberapa premis perniagaan baru seperti dua bazar rakyat yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai RM1.8 juta.

“Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bernilai RM200,000 dan Pasar Besar Sungai Koyan yang berharga RM350,000 yang dijangka beroperasi awal tahun depan,” kata beliau.

Menurut Wan Rosdy, kemudahan asas lain yang telah mula beroperasi ialah stesen bas bernilai RM500,000 yang memberi kemudahan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres ke Lembah Klang, Raub dan Kuala Lipis.

Selain menjadi laluan baru ke Cameron Highlands, tambahnya, kedudukan Sungai Koyan dianggap strategik kerana terletak di kawasan yang menjadi persinggahan kenderaan berulang-alik dari Lembah Klang ke Kelantan.

“Pekan ini yang terletak di tengah-tengah mukim Hulu Jelai juga menjadi laluan alternatif pemandu dari Pantai Barat ke Pantai Timur terutama Kelantan sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, masyarakat Orang Asli di Hulu Jelai merasa gembira kerana pembinaan Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands dapat membuka peluang kepada mereka menjana peluang ekonomi.

Salah seorang Orang Asli Pos Betau yang ditemui, Osman Pajam, 60, memberitahu, jalan baru itu akan membuka lembaran baru dan peluang untuk menambah pendapatan.

“Kemudahan jalan raya ini membolehkan kami bergerak bebas ke serata tempat mencari rezeki dan memasarkan hasil kampung untuk menampung pendapatan keluarga.

“Infrastruktur berkenaan bukan sahaja menyuntik peluang ekonomi malah perubahan sikap Orang Asli untuk maju seiring dengan kaum lain di negara ini,” katanya.

Rakannya, Bilun Kukui, 63, berkata, dengan adanya jalan baru itu, penempatan Orang Asli yang sebelum ini berada di tengah-tengah hutan kini sudah berubah wajah apabila penempatan dan kampung mereka tidak lagi tersisih daripada masyarakat luar.

“Dulu kami tinggal dalam hutan tetapi dengan adanya jalan baru ini kedudukan kami juga bukan lagi berada di tengah-tengah hutan tetapi telah terdedah dengan dunia luar,” katanya.

Mereka berharap lebih banyak kemudahan insfrastruktur untuk Orang Asli dapat dibina di masa depan seperti jalan kampung, jalan pertanian, bekalan elektrik dan telekomunikasi.

Tambah mereka, dengan jalan baru itu ia boleh mempercepatkan usaha kerajaan negeri bagi menyediakan kemudahan asas yang sama seperti rakyat yang lain.

Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Orang Asli bakal dapat geran tanah

BERA 23 Sept. – Kerajaan akan mengeluarkan geran tanah kepada Orang Asli di seluruh negara tidak lama lagi membabitkan kawasan seluas 17,000 hektar yang telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohd. Olian Abdullah berkata, tanah yang akan diluluskan itu termasuk tapak rumah dan kebun buah-buahan.

Katanya, di sesetengah negeri, kerja-kerja mengukur tanah dan persempadanan sedang dilaksanakan manakala di Pahang dan Perak kerja-kerja tersebut telah selesai.

”Pejabat tanah dan daerah di negeri-negeri terbabit akan menyerahkan geran hak milik kepada Orang Asli apabila semua urusan pemetaan dan pengukuran siap.

”Pemberian geran hak milik Orang Asli itu adalah langkah kerajaan untuk membolehkan masyarakat pribumi mendapat geran hak milik sama seperti masyarakat lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Bukit Rok di sini semalam.

Kata Mohd. Olian, pemberian geran hak milik itu juga membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah mereka terutama yang berkaitan hak milik tanah.

Menurut beliau, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan meminggir dan mengabaikan masyarakat Orang Asli adalah tidak benar sama sekali.

Tambahnya, pemberian geran itu membolehkan Orang Asli dapat memiliki harta dan menjamin masa depan mereka.

Selain pemberian geran, jelasnya, kerajaan turut membayar pampasan kepada Orang Asli jika tanah mereka diambil bagi program pembangunan dan pelaksanaan projek seperti jalan raya.

Malah katanya, kerajaan membayar harga tanah itu jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh pihak lain.

Bagaimanapun Mohd. Olian mengingatkan Orang Asli supaya tidak meneroka dan menceroboh tanah kerajaan secara haram sebaliknya perlu mengemukakan permohonan sah melalui pejabat tanah dan daerah masing masing.

Katanya, kerajaan bersedia mempertimbangkan setiap permohonan itu dan meluluskannya jika tidak membabitkan projek atau berlaku permohonan bertindih.

Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Proses wartakan tanah pribumi lancar

SEMPORNA 25 Sept. – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perbincangan kementeriannya dengan kerajaan negeri berhubung proses pewartaan tanah Orang Asli berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri kecuali Perak.

“Selepas mengadakan perjumpaan dengan kerajaan negeri Perak, saya akan membuat rumusan dan rumusan itu akan dikemukakan kepada Majlis Tanah Negara kemudian ke Kabinet dan ke Parlimen,” katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Beliau berkata, semua kerajaan negeri memberi sokongan dan kerjasama yang amat baik dalam usaha kerajaan pusat untuk membantu dan membangunkan masyarakat Orang Asli di negara ini.

Shafie berkata, jika semua proses pewartaan tanah Orang Asli itu berjalan lancar, perkara berkenaan akan dibentang di Parlimen tahun depan.

Pada program Isu di TV1 bertajuk “Orang Asli Hari Ini” yang disiarkan semalam, disebutkan bahawa lebih 19,000 hektar kawasan tanah Orang Asli di negara ini telah diwartawakan sebagai rizab Orang Asli dan seluas lebih 81,000 hektar lagi dalam proses pewartaan. – BERNAMA

Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Endau Rompin pikat Leanne

ALAM yang menghijau menjadikan saya sentiasa bertenaga kerana setiap ciptaan Tuhan untuk bumi mempunyai nilai yang tersendiri. ‘‘Mungkin ada insan yang tidak menghiraukan sehelai daun tiada tetapi di sisi Tuhan ia adalah istimewa.

Sebab itu kita jangan jadi pemusnah khazanah alam kerana keselesaan serta hayat manusia sangat bergantung kepada kesinambungan alam.’’

Begitu lancar pemilik nama Tun Jeanne Abdullah berbicara cukup untuk menggambarkan betapa tulus cinta beliau terhadap alam sekitar serta semangatnya mahu mempertahankan kehijauan bumi demi generasi akan datang .

Isteri bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga berharap setiap keturunan Adam dan Hawa mengerti kesengsaraan alam yang perit bergelut akibat kerakusan manusia.

Pertemuan santai penulis dengan permaisuri hati Pak Lah kali ini cukup istimewa kerana ia berlangsung di hutan tebal Taman Negara Johor Endau Rompin yang termasyhur sebagai Hutan Hujan Tropika tertua di dunia.

Meneroka rahsia hati wanita anggun berdarah Eurasian itu tidak semesteri khazanah belantara kerana keghairahan beliau memulihara alam terbukti melalui kegiatannya yang sangat aktif sebagai Pengerusi Landskap Malaysia.

Merealisasikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anugerah alam, seminggu sebelum Ramadan menjelma, beliau bersama suami sempat meluangkan masa menyertai Ekspedisi Landskap Malaysia selama empat hari tiga malam bereksplorasi bersama alam di Taman Negara tersebut. Turut berkerjasama menjayakan program tersebut adalah Perbadanan Taman Negara Johor Endau Rompin dan kerajaan negeri Johor.

Pengalaman ‘berkampung di hutan’ itu turut dikongsi bersama teman-teman rapat yang sealiran minat serta pelajar-pelajar sekolah sekitar Mersing.

Bagi pencinta alam impian untuk menembusi ‘kekebalan’ hutan seluas 19,562 hektar itu tidak mudah dicapai jika tidak sanggup menempuh perjalanan yang berliku bagai pengembaraan Camel Throphy.

Bermula dari pintu masuk di Kahang, Kluang, bukan sebarang kenderaan yang mampu bertahan merempuh halangan serta laluan sempit berbatu itu. Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja yang berkeupayaan merentasi laluan sejauh 63 kilometer menembusi estet serta meredah jalan hutan simpan yang bersimpang siur.

Tanpa juru pandu bertauliah, anda mungkin dirempuh oleh penghuni rimba seperti kumpulan gajah liar, babi berjanggut serta badak Sumatera.

Menghargai

Namun bagi Jeanne yang telah mencecah usia 57 tahun itu, laluan berliku tidak terasa kerana alam dan warganya sentiasa setia mendepakan tangan seluas-luas untuk mendakap insan-insan yang menghargai khazanahnya.

Melihat isi alam yang mewah dengan flora dan fauna serta habitat pelbagai spesies yang belum terusik cukup mendamaikan jiwa pasangan serasi itu. Sambil berpimpin tangan mereka merentasi denai dan menaiki bot menyusuri sungai dari jeti Kampung Peta ke Kuala Jasin.

Sambil beristirehat di hutan, mereka sempat meninjau pusat konservasi ikan kelah di Kuala Marong, menyampaikan bantuan kepada orang asli Kampung Peta serta menanam pokok bersama kumpulan pelajar di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam (NERC).

Sambil menikmati deruan air terjun di Kuala Jasin, Jeanne menyimpulkan Hutan Endau Rompin antara belantara hebat yang dimiliki negara ini. Air terjunnya sangat jernih dan kaya dengan pelbagai spesies yang unik.

‘‘Mana nak cari anugerah seperti ini. Adalah sukar mahu mencari hutan yang mampu mengekalkan keasliannya . Fosil kayu yang asli. Pokok-pokok yang tidak digondol oleh pembalak haram dan projek komesial. Saya harap ia berkekalan”.

Pertemuan penulis tidak berakhir di lantai hijau pinggiran air terjun di Kuala Jasin, kerana wanita yang sentiasa menrendah diri ini, sudi meluangkan detik emas menyambung cerita alam di kediaman beliau di Pinggiran Taman Tun Dr.Ismail, di ibu negara.

Posted by: redstone123 | September 27, 2010

Pertama dinaik taraf konsep mesra alam

BEBOLA pancuran air di R&R Sungai Perak amat menenangkan pengunjung.

KUALA KANGSAR 26 Sept. – Bayangkan jika anda memandu di kawasan yang tiada kemudahan rehat dan rawat (R&R). Keletihan mungkin akan menyebabkan lebih banyak kemalangan berlaku.

Menyedari kepentingan kawasan tersebut, PLUS Expressways Bhd. (PLUS) bukan sahaja giat menyediakan kemudahan itu di sepanjang lebuh raya utara selatan, malah dari semasa ke semasa melakukan kerja-kerja menaik taraf R&R dan hentian sebelah bagi memberi perkhidmatan mudah, selamat dan selesa kepada pengguna.

Terbaru, antara kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf tersebut adalah R&R Sungai Perak (arah selatan) iaitu antara kawasan R&R terawal dibuka di Lebuh Raya Utara Selatan.

Bermula daripada sebuah kawasan perniagaan kecil, PLUS telah membangunkan kawasan rehat dan rawat ini menjadi sebuah kawasan perniagaan yang tersusun dan moden.

Menariknya, R&R ini juga adalah yang pertama dinaik taraf dengan melaksanakan konsep mesra alam dengan tema Jejak Hijau.

Pengarah Urusan PLUS, Noorizah Abd. Hamid berkata, dengan kos belanja naik taraf hampir RM9 juta, R&R Sungai Perak menampilkan keistimewaan dengan reka bentuk kontemporari yang menarik dan unik selain menitikberatkan aspek-aspek penjagaan alam sekitar.

“Sungai Perak adalah kawasan rehat dan rawat pertama di negara ini yang melaksanakan inisiatif mesra alam secara lebih komprehensif dari segi reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan.

“Dengan konsep mesra alam yang kita perkenalkan, pengguna lebuh raya boleh menikmati suasana yang lebih selesa dan mesra alam,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Noorizah, bertemakan Jejak Hijau, R&R Sungai Perak mengadaptasikan teknologi hijau yang menekankan pendekatan mesra alam melalui reka bentuk kompleks tandas dan surau menggunakan konsep pencahayaan dan aliran udara semula jadi.

Konsep tersebut jelas beliau, secara tidak langsung akan mengurangkan pengunaan tenaga elektrik.

LALUAN pejalan kaki berbumbung turut disediakan di R&R Sungai Perak, Kuala Kangsar untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam di kawasan sekitarnya.

“Kami turut menggunakan konsep pembinaan di atas dek untuk mengekalkan struktur semula jadi kawasan dan meminimumkan kerja-kerja tanah bagi mengelakkan penghakisan semasa pembinaan serta pencemaran sungai.

“Bagi memberi suasana lebih sunyi, tembok penghadang bunyi dibina bagi menghalang bunyi kenderaan di laluan utama lebuh raya,” katanya.

Selain itu, kata beliau, Sungai Perak adalah kawasan rehat dan rawat pertama di negara ini memperkenalkan penggunaan bekas makanan dan minuman bio yang boleh lupus secara semula jadi dengan cepat, bersih dan selamat.

Tambahnya, inisiatif mesra alam lain yang turut diperkenalkan ialah penggunaan sistem pelupusan sisa makanan ‘mesin pembersih eco’, tong kitar semua dan pencuci bio mesra alam.

Terletak di Kilometer 249.30 Lebuh Raya Utara Selatan, R&R Sungai Perak yang mempunyai 12 gerai makanan dan 18 gerai menjual buah-buahan serta barangan lain juga menyediakan tarikan baru kepada pengguna lebuh raya.

Tarikan tersebut adalah menara tinjau yang dibina khas untuk pengguna menikmati panorama dan keindahan Sungai Perak serta kawasan sekitarnya.

Pada masa sama, R&R ini juga bakal mempunyai sebuah jeti yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki berbumbung untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan Sungai Perak dengan menaiki bot.

Bagi peminat produk-produk keluaran Orang Asli pula, gerai khas menjual pelbagai hasil usaha mereka tersedia di R&R ini.

Yang pastinya, R&R Sungai Perak (arah Selatan) kini bersedia menerima kunjungan 3,500 pelanggan lebuh raya setiap hari dengan menyediakan perkhidmatan mesra alam terbaik kepada pengguna.

Posted by: redstone123 | September 26, 2010

Apa Nak Jadi Dengan Masyarakat Kita Orang Asli…?

26 September - Apa nak jadi dengan kaum kita Orang Asli ni, setiap kali ada kenduri khawin di kampung-kampung Orang Asli sering berlaku pergaduhan sesama bangsa sendiri Oa lawan Oa lah katakan, adakah kita rasa diri kita dah cukup hebat dengan Masyarakat Luar…? Adakah uwang kitak asli tiada lagi Adat Resam, sikap saling menghormati diantara satu dengan yang lain.

Hampir 95 peratus punca pergaduhan berlaku berpunca dari meminum Arak ( Minum Engkam ), diri mereka rasa dah cukup kuat, tidak takut lagi pada Polis, tidak takut kepada Undang-undang yang bakal diperolehi kelak. kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali.?

Bermacam hal berlaku semasa tibanya majlis kenduri khawin di kampung masing-masing, seperti  adik parang abang kandung sendiri, dendam yag berterusan, kes pukul gaduh dan yang lebih teruk lagi kes kematian berpunca dari meminum arak dan memandu kenderaan motor hingga berlaku kemalangan melibatkan kematian.

Kenapa masyarakat kita masih lagi mempunyai tabiat buruk seperti ini..? Bila lagi Masyarakat kita hendak maju seiring dengan masyarakat Luar..? Tolong lah ubah sikap dan berfikir panjang wahai orang kitak.

ketagihan arak dah semakin menjadi-jadi di setiap kampung orang kitak sehingga hari ini, meminum Arak ( Engkem ) setiap hari dah jadi kebiasaan buat mereka hinggakan tidak ada  masjlis kenduri khawin pun tabiat meminum Arak semakin menjadi-jadi ini kerana ketagihan Arak telah mengawal hidup mereka, adakah orang kitak tidak sayangkan nyawa dan keluarga mereka..?

Wahai kawan-kawan semua marilah berbincang bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah Masyarakat kitak semua agar gejala meminum arak ini dapat dapat dikurangkan, dihentikan atau juga di kawal oleh diri peminum itu agar selalu sayangi Diri dan keluarga dan tanam azam  dalam diri agar tidak melakukan pelbagai masalah pada Masyarakat orang Kita. Mari lah kita mengubah sikap buruk ini agar tidak ketagihan dalam Arak.

kesian lah pada anak-anak kecil kitak yang tidak mengerti akan hidup ini, mereka harus diberikan kebahagian dalam hidup ini, jadilah contoh yang baik buat anak-anak kita agar mereka boleh berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi kelak, baik dari segi pelajaran, sudut kemahiran dan pelbagai lagi.

Mohon Ampun dan Maaf dari saya sekiranya coretan ini boleh menyakiti hati, perasaan, jiwa pembacanya, bukan niat saya mengutuk bangsa kita namun niat di hati untuk menyampaikan pesan buat Masyarakat kita agar sentiasa berubah melakukan kesilapan Diri.

# Hidup Ini Perlu Ada Perubahan Baru Jadi Manusia Berguna Namun Sekiranya Hidup Tanpa  Perubahan Kita Dianggap Bukan Manusia #

Posted by: redstone123 | Disember 21, 2009

Apa khabar orang kiten haik nin..?

Hai apa khabar uwang kitak haik nin….sihat ko..? ok lah apak azam tahun baru yang akan datang yang mana akan muncul tak berapa lama lagik…? Adakah kitak dah bersedia untuk azam kitak di masa akan datang nih…? Kalau dah ada azam didadak  kirak ok lah..jangan nyap adak azam langsung…

Zaman nih zaman moden bukan lagi seperti duluk lagik….hidup harus ada azam sendirik baru lah masayarakat kitak akan maju seperti masyarakat lain… setiap tahun kitak menaburkan azam kitak, adak yang tercapai adak jugak nyap tercapai..sesuatu azam itu berjaya adalah terletak kepada bagaimana kitak melakukannya…betul. setiap kejayaan terletak kat tangan kita sendirik yang merubahkan nya…

tahniah jugak di ucapkan kepada merekak2  yang sudah berjaya dan yang sudah lamak berjaya dalam apa jua bidang diceburi baik darik segik ilmu dan jugak bisnes.

Aku disinik mintak sesangat kepada uwang kitak yang manak dah berjaya tuh boleh ka kiaknya tunjuk ajarkan cara2 mencapai sesuatu kejayaan kepada anak2 mudak kitak yang benar2 ingin berjaya tuh, jangan kedekut ilmu duniak inih…tunjuk cara atau jugak jalan cara bagaimana ingin berjaya kepadak uwang lain ( masyarakat kitak ).

Ramai jugak akuk lihat masyarakat kita haik nih berkiak sangat dengan ilmu2 kejayaan yang merekak perolehi haik nin..ingat bahawasanya kejayaan yang kitak kecapai haik nin haruslah dikongsikan kepadak generasi yang lain baulah masyarakat kita akan maju, dengan caak inih hajak kita dapat memajukan masyarakat kitak yang lain…

berkongsi ilmu tuh bagus sekalik sudah diberitahuk oleh tuhan semesta alam nih…hidup kita bukan sentiasa diatas, hidup inih seperti roda yang berpusing. Adak masanya kitak diatas, adak masanya kitak di bawah jugak jadi kongsi-kongsikan ilmu kejayaan kitak kepada yang mana memerlukan ilmu ituh..

Akuk terharu jugak bila akuk dapat tahuk adak jugak uwang kitak seperti ini lagik…jangan lah sampai tahap  seperti inih..Uwang luar dah kaya-raya kitak masih lagik bertelagah. Buat networking sesamak kitak baulah wujud kemajuan untuk masyarakat kitak.

kejayaan demi kejayaan kitak kecapai bilak wujud satuk padu di antara masyarakat kitak ituh sendirik, maka renung-renung dan fikir-fikirlah sendiri.

Baiklah sampai disini hajak coletih akuk untuk kalik inih, semoga azam tuan-puan menjadi kenyataan akuk doakan moga mencapai kejayaan dan memberikan kebahagian dalam hidup ong semuak….sekian terima kasih..

syukry Redstone & Uc Kkb.

Email : Walit2009@yahoo.com

Posted by: redstone123 | Disember 21, 2009

Posted by: redstone123 | Disember 13, 2009

Buat Duit Dengan PayPal



Description of this Promotion

During the Promotion Period (as defined below), download the PayPal WishList application on Facebook (“PayPal WishList”), create your own PayPal WishList, and we will pay $1 USD into your PayPal account. In order for us to pay you the amount you earned pursuant to this Promotion, you will need to provide us with your PayPal email address via the PayPal WishList. To submit the PayPal email address you would like linked to your PayPal WishList, go to the home page of the PayPal WishList at http://www.paypalwishlist.com and click the link below to the ‘submit your email address’ in the upper left side of the page.

In addition, share the PayPal WishList with your friends via Facebook, and for each friend who downloads and creates his or her own PayPal WishList from your invitation, we will pay you an additional $1 USD (up to the maximum total sum of $100 USD per PayPal account).

Timelines
This Promotion begins at 00:00:01 Singapore Standard Time (“SST”) on November 16th, 2009 and ends at 23:59:59 SST on December 31st, 2009 (“Promotion Period”).

Eligibility
In order to qualify for this Promotion, you must:

  1. successfully complete registration for a new PayPal account within the Promotion Period or already have an existing PayPal account prior to the Promotion Period;
  2. submit to PayPal via the PayPal WishList and within the Promotion Period, the email address to which your PayPal account is linked;
  3. be at least of 18 years of age, and have a PayPal account with a valid registration address in relation thereto located in India, Thailand, Malaysia, Korea, Vietnam, Philippines, Indonesia or Singapore (“Eligible Countries”);
  4. have a PayPal account in Good Standing, with current contact information throughout the Promotion Period. In order for an account to be deemed in Good Standing as that term is used herein, the account must not have a hold status and/or be suspended or past due as of December 31st, 2009; and
  5. complete the downloading of the PayPal WishList, and use the same to create a PayPal WishList, within the Promotion Period.

You will be entitled to $1 USD for your own PayPal WishList, plus an additional $1 USD per friend who uses your invitation to create his or her own PayPal WishList, provided your friend has a PayPal account. Each person is only entitled to create one (1) PayPal WishList. For the avoidance of doubt, in the event your friend receives more than one invitation, only the person whose invitation is used to create the former’s PayPal WishList, will be entitled to the $1 USD.

If you reside outside of the Eligible Countries, you may be permitted to download the PayPal WishList; however, you will not be eligible to participate in this Promotion. Additionally, you will not be entitled to receive an additional US$1 or cash back for those PayPal WishLists created by a person(s) outside of the eligible countries, even if the sum stating ‘you’ve earned’ on your Facebook page may indicate otherwise. This means that at the end of the Promotional Period, you may be entitled to less earnings than stated on the ‘you’ve earned’ counter on your Facebook page.

Prizes
You may receive up to the maximum total sum of $100 USD, through this Promotion.

How Prizes will be Awarded
You will be notified by PayPal no later than February 28th, 2010, via email or any other method as PayPal may from time to time determine, of how much you have earned.

Prizes will be credited to your PayPal account as per your submission to PayPal via the PayPal WishList, no later than February 28th, 2010. If you do not provide us with this, we will not be able to deposit your earnings. To submit the PayPal email address you would like linked to your PayPal WishList, go to the home page of the PayPal WishList at http://www.paypalwishlist.com and click the link below to the ‘submit your email address’ in the upper left side of the page. Any cash prizes to be paid to your PayPal account, will be credited in the currency as set out herein and currency conversion fees (if applicable) or any other related fees, will be borne solely by you.

In the event of any unclaimed or unaccepted Prize(s), PayPal may in its sole discretion decide on the disposal of the said Prize(s). For cash prizes paid to your PayPal account, you would have to log into your PayPal account within 30 days of payment, to accept the prize. If you do not claim this within the 30 day period, the amount will be returned to PayPal.

Other Terms and Conditions:
PayPal Pte. Ltd. (“PayPal”) reserves the right to make all final decisions regarding this Promotion, and no correspondence in relation thereto will be entertained.

This Promotion is subject to all the terms and conditions contained herein, and by participating in this Promotion all participants will be deemed to have accepted and agreed to be bound by these terms and conditions.

Employees of PayPal, and of all its subsidiaries, affiliates, and their immediate families (spouse, parents, children, siblings and their respective spouses) and individuals living in the same household as such employees are ineligible.

Limitation of Liability:
PayPal reminds participants of the nature and limitations of the Internet and is not responsible for any problems or technical malfunctions of any communications network, online system or computer hardware or software failure that may affect entry to this Promotion or reaching the specified targets.

PayPal shall not be liable, in contract or tort (including negligence) or breach of statutory duty or in any other way, for the loss or damage howsoever arising suffered by the participant resulting directly or indirectly from this Promotion, provided that nothing in these terms shall limit PayPal’s liability for death, personal injury or fraud. PayPal is not responsible for printing or typographical errors in any materials related to this Promotion; for stolen, lost, late, misdirected prizes; or for transactions and/or emails that are lost, misdirected, fail to enter into the processing system, or are processed, reported, or transmitted late or incorrectly or are lost for any reason including computer, telephone, paper transfer, human or other error; or for electronic, computer, or telephonic malfunction or error, including inability to access any web site associated with this Promotion, or process any transaction thereon. If in PayPal’s opinion, there is any suspected or actual evidence of electronic or non-electronic tampering with any portion of this Promotion, or if computer virus, bugs, unauthorised intervention, fraud, or technical difficulties or failures compromise or corrupt or affect the administration, integrity, security, fairness, or proper conduct of this Promotion, PayPal reserves the right at its sole discretion to disqualify any individual who tampers with the entry process, to modify or suspend this Promotion, or to terminate this Promotion. In all matters relating to the interpretation and application of any rule or phase of this offer, the decision of PayPal shall be final. PayPal reserves the right to cancel, amend or revoke this Promotion at any time due to reasonable business consideration or circumstances beyond its control. Any attempt by a participant or any other individual to deliberately damage any web site or undermine the legitimate operation of this Promotion is a violation of criminal and civil laws and should such an attempt be made, PayPal reserves the right to seek damages and other remedies from any such person to the fullest extent permitted by law. Any attempts by an individual to access any web site associated with this Promotion via a bot script or other brute force attack or any other unauthorised means will result in the IP address becoming ineligible. Use of automated entry devices or programs is prohibited.

No Combination or Transfer of Promotion.
This Promotion cannot be resold, transferred, or combined with any other offer, discount, or promotion. No cash alternatives will be substituted for prizes and no alternative prizes will be offered.

Governing Law
These terms and conditions will be interpreted, construed and enforced in all aspects in accordance with the laws of Singapore and all participants hereby submit to the non-exclusive jurisdiction of the courts of Singapore.

Promoter
The promoter is PayPal Pte. Ltd., of 89 Neil Road, Singapore 088849.

Consumer advisory: PayPal Pte Ltd, the holder of the PayPal™ payment service stored value facility, does not require the approval of the Monetary Authority of Singapore. Consumers (users) are advised to read the terms and conditions carefully.

SILA KLIK : http://apps.facebook.com/paypalwishlist/index.php?mode=share_now

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.